Tuesday, June 28, 2011

Kembali di UMP

Dah lama xupdate blog ni
bersawang dah pun...huhu
hari ni dah selesai angkat barang
dari UKM ke UMP pekan
pagi tadi pukul 7 pagi dari UMP gambang
 sampai ke bangi dalam pukul 12
penat tul rasanya...
sampai2 saja terus angkat barang naik lori
berpeluh2 xhingat
habis2 kemas, terus balik ke gambang pulak
sampai gambang tepat kul 5
pastu p pekan plak
dengan hujan lebat kat kuantan
sampai pekan pukul 6.30 sebab p hntar lan kat IM dulu
bawak turun barang2 suma
penat lagi...huhu

masuk bilik terus kemas2 barang
sampai maghrib...huhu
lapar dari pagi dok rasa lagi
pastu p beli makanan kat pasar malam depan rumah baru ni
lega la sikit rasanya...

tapi xpa la, at least dah setel suma 
barang2 dah setel
rumah dah setel
ofis pun dah setel
besok dah boleh start keja balik kat UMP

Saturday, April 2, 2011

Lagu Sekolah MMAS


Teringat masa dulu2
masa awai2 masuk sekolah menengah
ada perhimpunan sekolah
mula2 kena nyanyi asma' alhusna
pastu lagu sekolah
suma pakat tengok muka orang...huhu
pakat dok gelak sama2...haha

Mari kita nyanyi sama2

يا معهدا علمني * وبالهدى جملــني
حليتني من صغري * بكل خلق حسن
كم فيك من معـلم * بركثيــر المـنـن
بعلـــمـه زودني * بنصحـه أرشــدني
تحية يا معهـــدي * يا اصل عيشي الهـني
أنشأتني مباركـــاً * لامتي ووطـني

Friday, April 1, 2011

First Journal

 Alhamdulillah, walaupun terpaksa menunggu selama 3 bulan
akhirnya published jugak first journal saya ni
boleh juga tengok kat link ni

ada lagi journal lain melalui group research


Semoga lepas2 ni aku lebih banyak menulis jurnal...Aminnn

Monday, March 28, 2011

Kembali


Dah lama xupdate blog ni
mesti ramai yang tertunggu kan (perasan ada org baca)
huhuhu

xtau nak update apa pun, tapi nak bgtau yang
cuti belajar dah semakin nak habis
kena siapkan tesis secepat yang mungkin
dengan waktu yang singkat
dengan banyak perkara nak kena fikir
dengan duit semakin berkurang
dengan tanggungjawab semakin bertambah
semua tu kena selesaikan pada bulan 6 ni

Bolehkah saya menghadapinya?
tapi bila dengar lagu maher zain
Allah with us...
tenang sikit

Monday, January 17, 2011

Jom minum Milo


Don't you just love the thought of starting your day with the aroma of Milo? 
Not only Milo has taste that makes you crave for more, it also re-energizes your day! What's better than a more jam-packed with great Milo taste you know and love? Now we bring you a game that lets you Jam-Pack a bunch of fun-loving characters and Jam-Pack your winnings! 
Here are some prizes that you could stand a chance of winning: 
4 x Macbook Air 
4 x iPhone 
4 16GB 
4 x iPad 16GB WiFi + 3G 
5 x Sony PS3 320GB 
3 x iPod Touch 32GB 
5 x iPod Shuffle 2GB 
Play the games, collect all your points and start sharing the joy to your friends and followers! Milo Fuze, FTW! Contest ends on January 30, 2011!

Grab this opportunity now, click here!!!

Sunday, January 16, 2011

Public Islamic Select Enterprises Fund (PISEF)

Klik gambar untuk pembesaran
 Kita selalu dengar tentang Unit Amanah
Apa itu Unit Amanah?
Unit Amanah adalah unit di mana kita memberi amanah kepada
orang lain untuk melaburkan duit kita bagi mendapatkan faedahnya
Terdapat perlbagai jenis unit Amanah di Malaysia
tetapi yang paling terbesar adalah Public Mutual
dalam Public Mutual juga terdapat macam2 lagi unit Amanahnya
ada yang konvensional, dan ada juga yang Islamic

Saya ada juga menceburi sikit2 bidang ni
nampaknya memang memberi pulangan yang besar juga
sekiranya pelaburan kita banyak
Untuk permulaan saya hanya buat paling minimum
Hanya nak tengok trend unit Amanah ini
Unit Amanah yang dimaksudkan adalah PISEF
Alhamdulillah, selama setahun saya menyimpan di sini
peratusnya sangat besar jika hendak dibandingkan dengan simpanan2 lain
iaitu sebanyak 23.29%
ini bermaksud, sekiranya RM1000 anda simpan, 
selepas setahun anda kan mendapat dividen sebanyak RM232.90
Kalau xmahu jual, dia akan tambah bilangan unitnya
Tapi pastikan anda tidak jual dan beli unit tersebut selalu
Ini kerana harga setiap unit tersebut berbeza setiap hari
bergantung kepada harga saham tersebut
Jadi buatlah pilihan yang tepat...
Selamat memilih...

Kepercayaan Helang | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kepercayaan Helang | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Saturday, January 15, 2011

HJ Split dan FFSJ


Pernah tak anda mengalami keadaan di mana
anda mendownload movies, tetapi tak dapat nak combined file nya
dan file tersebut dalam format yang tak dapat dibaca oleh mana2 player
biasanya fail tersebut mempunyai nama xxx.001,xxx.002 dan sterusnya
bagaimana nak gabungkan semua fail tersebut
menjadi satu file dan boleh dibaca oleh player komputer kita?
Ini adalah beberapa software untuk selesaikan masalah anda

HJ Split untuk fail 001,002,003

FFSJ untuk fail .001,.002,._a,._b,._c

Boleh lah cuba untuk menjadikan download anda lebih mudah
dan percuMAAA !!!

Internet Download Manager


Software mendownload yang paling terbaik abad ini...hehe
Mudah difahami, senang nak guna, dan yang paling penting
ianya adalah FREEEE !!!
Hanya ikut cara nak installnya
anda akan mendapat software ini secara percuma
semuanya ada ditunjukkan dalam folder tersebut
cari installation manual (readme)...

linknya ada di sini

Drama Melayu


Entry kali ni
saya nak tunjukkan satu lagi website menarik
Kepada sesiapa peminat cerita2 melayu
kat sini ada cerita drama, movie, bersiri dll
Anda boleh saja tengok online ataupun download
ikut yang mana lebih mudah bagi anda
 Saya lebih suka mendownload...hehe

Apa2pun, tengok lah sendiri k
selamat mencuba !!!

ops lupa plak nak bagi link
klik sini

Friday, January 14, 2011

Mati


"Hidup ini sekiranya tidak kita lakukan kebaikan kepada orang lain terasa bagaikan ada kekurangan, walaupun kita dilimpahi dengan harta kekayaan yang banyak, kerja yang besar, rumah yang besar dan sebagainya, tetap terasa kekurangannya. Jadilah seorang manusia yang dapat memberi kebaikan kepada orang lain, jadilah tangan yang "di atas", yang sentiasa memberi dengan ikhlas. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila matinya anak adam, putuslah (tulisan pahala amalannya) kecuali 3 perkara 1) Amal jariah, 2) Ilmu yang bermanfaat 3) doa anak yang soleh.
Tanya balik kepada diri kita, sudahkah kita bersedia untuk mati? Sudahkah kita rasa amalan kita sudah cukup untuk menjawab semua soalan dari munkar dan nakir? Bersediakah kita? Teringat masa zaman persekolahan apabila tibanya musim peperiksaan, bermacam2 kaedah kita lakukan untuk cuba menghadapi peperiksaan. Ada yang rebus dan makan nota, ada yang mengambil air dari ustaz nak bagi mudah jawab soalan, dan pelbagai lagi cara dan kaedahnya. Begitu takutnya kita nak menghadapi peperiksaan yang hanya sekejap. Kalau kita tidak dapat menjawabnya, adakah kita akan mati? adakah kita akan dihukum? jawapannya TIDAK.

Tetapi kenapa pula persediaan untuk menghadapi mati tidak kita lakukan? sedangkan soalan yang akan ditanya di alam kubur kita dah tahu? Soalan yang akan ditanya oleh malaikat munkar dan nakir adalah seperti peperiksaan kita di dunia, tetapi ianya lebih berat kerana sekiranya tidak dapat menjawabnya kita akan dihukum. Yang manakah kita lebih takut? Fikir-fikirkan..."

Tuesday, January 11, 2011

Download Movie


Sepanjang penglibatan saya dalam bidang download-mendownload
banyak website menawarkan movie2 terkini
tapi hanya beberapa sahaja website
yang saya rasa dapat memberikan movie terbaik
dari segi kualiti dan kuantitinya
Diantara website tersebut adalah


dan bermacam2 lagi anda boleh search di Google
type free movies download
tempat download paling best adalah dari Mediafire
memang mudah, dan free ja download

Dan paling best adalah software untuk download
Software yang terbaik dan tidak mengecewakan bagi saya adalah
Internet Download Manager (IDM)
Boleh cari dalam Syok.org ataupun Syoknya Download
Selamat mendownload

Myeg

 klik gambar untuk besarkan

Sebelum ada dengar juga pasal Myeg ni
tapi xpernah try pun lagi
Masa dok surfing internet tu, tergerak nak buka Myeg ni
Tengok ar website dia kat sini
tapi make sure daftar dulu, masukkan data yang betul
sebab ini maklumat peribadi kita
dan dia tidak akan beri kepada pihak ketiga
ada dalam peraturan dia kalau baca ar

Mula2 nak check saman ja
pas masuk2 No IC ngan no keta
Alhamdulillah, xdak dalam rekod...hehe
saman JPJ ngan PDRM, dua2 xdak..ok ar
pastu ada jugak perkhidmatan jabatan pendaftaran
pas tengok servis yang ditawarkan
ada perkhidmatan untuk tukar cip MyKad
menarik juga tu, sebab cip kad saya ada masalah
Try la apply, tapi ada bayaran ar sikit sebanyak RM12
xpa la, dia boleh bayar pakai online banking, FPX
Jadi saya pun bayar, sebab yang ni first time rasa risau jugak
tapi xpa la, xla banyak sangat, kalau tak, rasa takut gak

Lepas bayar dia akan buat pengesahan dengan JPN dulu
dan boleh check dari JPN sendiri nama kita
samaada dalam proses atau tak
jadi keluar ar gmbar ni

 Dia kata tengah proses, ok la tapi xpuas hati lagi
cuba la email dengan email Myeg tu
cepat tul dia balas, kiranya bleh percaya ar..hehe
Dia cakap kena tunggu dari JPN bila boleh ambil MyKad baru tu
Selepas sehari lebih sikit ja, try bukak JPN lagi check
kuar la gmbar ni plak

 Alhamdulillah, dah siap rupanya, rasa seronok pun ada..hehe
dah boleh amik MyKad baru esok kat Putrajaya
Jadi kepada sesiapa yang nak guna perkhidmatan Myeg
gunakanlah tanpa "was was"
Jangan risau maklumat anda disimpan dengan baik 
tanpa didedahkan kepada pihak lain...
Selamat mencuba....

Thursday, December 30, 2010

Install GPS

 klik gambar untuk besarkan

Tadi saya baru sudah meng 'install' software PaPaGo dalam GPS saya
Alhamdulillah dah boleh guna
walaupun softaware hack...hehe
Jadi GPS saya sekarang dah ada Lokatoo, Garmin n PaPaGo
tapi yang terbaik rasanya PaPaGo kot
sebab lebih terperinci n user friendly
banyak maklumat boleh simpan
dan xsusah nak cari tempat
Dalam software ini jugak dia boleh warning
kalau ada speed trap..hehe xtau lagi boleh ka dak
nanti nak try cmna..

Kesimpulannya, saya dah boleh guna GPS dengan gembira
walaupun sebelum ni, dok tensen ngan GPS ni
cari tempat selalu xjumpa...hehe
Sekarang, suma boleh cari...cakap ja tempatnya nak p
walaupun banyak lagi software GPS boleh masuk
rasanya dah cukup kot 3 software tu
boleh pilih mana2 yang berkenan

Untuk sapa2 yang nak hack Lokatoo (Proton)
Lokatoo ni dapat masa beli keta Proton
boleh tengok kat blog ni
dia ajar dari A sampai Z, sapa2 pun boleh buat
Ok, selamat mencuba

Wednesday, December 29, 2010

Kaedah Kajian


Oleh kerana saya ada masa satu sem saja lagi untuk siapkan master
maka dengan itu, saya seharusnya mula menulis tesis
"Time is running out" dengan izin
Jadi kat sini nak cerita apa yang perlu diceritakan dalam bab 3

KAEDAH KAJIAN
Mula2 intro sikit secara kasar pasal kajian tersebut
then cerita secara terperinci tentang setiap kaedah tersebut
seperti kaedah unsur terhingga
perisian yang digunakan
elemen yang digunapakai
sifat bahan kajian (model)
persamaan matematik 
analisis kebarangkalian

pastikan juga setiap penerangan perlu disusuli dengan rujukan 
setiap penerangan yang tiada rujukan
akan menjadikan penerangan tidak kuat
walaupun hujah yang diberikan betul
Perlu juga elakkan sebarang plagiat 
Ini adalah satu perkara yang tidak beretika
dalam satu kajian ilmiah
Tulisan yang baik adalah, dapat menerangkan kepada pembaca
sehingga faham tanpa ada sebarang pertanyaan di dalam fikirannya
Jadi, marilah sama2 kita menulis...menulis...dan menulis

Paybox.me lagi

Ramai yang kata Paybox.me ni scam
Entah lah saya pun xtau betul ke tak
Tapi saja ja sronok2 nak join
Cepat ja dia naik, xtau lagi apa bisnes yang dia buat
kita pun ragu2 jgak
tapi biar ja dulu
kita tengok bulan 5 tahun depan cmna
bila dia "OpenBox", baru tau betui ka dak


baru dua hari join
dah banyak ni saya dapat
senang2 ja dia bagi
biar betui !!! hehe

tapi kalau berminat nak tengok betui ka dak
boleh klik kat sini
daftar n isi survey dia 
anda akan dapat serupa yang saya dapat ni
Amacam, ada berannnn !!! haha

kat bawah ni ada satu website yang cita sikit psai Paybox.me ni
dan Pro dan Kons nya...anda boleh fikir2 nak join or not

http://ptc-investigation.com/payboxme.aspx
Did you get that? You are not earning dollars you are earning paybox currency. So as of now the earnings are useless.

If you do join be sure to use your spam email box, with a unique password. Don't use the same password you would use with other payment processors. Also be careful of what info you do submit to the site. At least until the site launches and everyone can see if this site actually the real deal.

For now, paybox.me will remain on the Ongoing Investigations List. Here are the pros and cons of this site:

PROS:

1. Unlimited Direct Referrals - There are no limits on how many referrals you can have. Great for promoters and those who can refer a lot of people.
2. All Countries Accepted - So far there are no restrictions and all can join and earn from this site. Will update if this changes.

 

CONS:

1. New Site - Use caution with new sites and what info you share with them. This site could be a phishing site, and the site has a very long pre-launch phase.

2. Whois Private - Unknown ownership. Not all sites that hide their identity are scams, but this is just one more reason why you should use caution with this site.

Tuesday, December 28, 2010

Triond

Bukti pembayaran dari Triond ke dalam akaun Paypal saya
semakin banyak anda menulis, semakin bnyak anda dapat

Apa itu Triond?

Triond adalah perkhidmatan penerbitan yang lengkap yang membolehkan pengguna dengan mudah menerbitkan kandungan berkualiti dari jenis apa pun, dalam format media. Kami menerbitkan pekerjaan anda pada rangkaian laman niche sehingga anda menjangkau khalayak yang lebih luas, mendapat pengiktirafan lebih dan memperoleh pendapatan lebih.
 
Apakah Triond untuk anda?

Adakah anda seorang penulis baru, seorang freelancer berpengalaman, atau hanya seseorang yang ingin berkongsi idea, Triond adalah untuk anda.

Menjadi Triond pengguna bebas dan membolehkan anda untuk:

     * Berbagi pengetahuan, idea, pendapat dan karya asli dengan khalayak global
     * Meningkatkan penonton kandungan asli anda diterbitkan
     * Keuntungan pengakuan yang lebih luas untuk kreasi anda
     * Menerima umpan balik dan wawasan daripada komuniti sesama penulis
     * Membangun portfolio kandungan anda
     * Dapatkan pendapatan dari kandungan anda diterbitkan

Satu lagi pendapatan pasif untuk dikongsi bersama
untuk maklumat lanjut klik di sini

Paybox,me

 klik gambar untuk besarkan

Salah satu program online yang sesuai untuk join, Paybox.me 
Ini baru semalam saya daftar

PayBox sedang mengembangkan mata wang dalam talian dan perkhidmatan pembayaran pemprosesan untuk melakukan transaksi jual beli online lebih mudah, lebih aman dan sedia untuk semua orang.

Kami sedang merancang perkhidmatan kami dengan bantuan dari kumpulan yang berdedikasi pengguna "Earlybird" yang menyumbang idea dan maklum balas.

Tahapan pembangunan dirancang untuk memulakan tahun 2011:

     * Transaksi antara ahli.
     * Usaha Kecil integrasi, termasuk modul proses pembayaran untuk semua perisian pembelian online popular.
     * Integrasi Mid-berukuran Perniagaan.
     * Integrasi Major Online Store.
     * Kad Debit PayBox disambungkan ke akaun anda.
     * Mata Wang pertukaran dengan semua mata wang utama dunia.

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh klik di sini
 kalau rasa ianya menipu, xrugi pun...selamat mendaftar

Wednesday, December 15, 2010

Conference

Bulan disember ni penuh dengan aktiviti
hadiri conference, kenduri kahwin, jalan2

 Pemandangan dari Renaissance Hotel (APIEMS conference)

 Waktu malam bandar Melaka dari Orkid Hotel (APIEMS conference)

 Villa yang abang shukri tinggal Philea (Melaka). Satu rumah besar ni ada 4 bilik. Terkejut jgak rate harga bilik kat tempat ni. Paling murah harganya RM700++. Ish222 xmampu la klu nak tinggal kat tmpat ni, baik dok hotel murah2 ja lagi jimat, mcm membazir ja...huhu 
Yg ni gmbar kenang-kenangan dengan beberapa peserta semasa conference tersebut. Dari Taiwan, Myammar, Jepun, dan Filipina. Best jgak ar conference mcm ni, connection yang penting sebenarnya. Lebih ramai kita kenal, lebih mudah kita nak buat research dalam bidang ni. Ok, jumpa lagi dalam conference akan datang...

Mentari hidup - Haikal

Sebuah lagu yang sangat best bagi saya,
setiap bait katanya begitu indah
mengingatkan dosa yang kita lakukan
dan menginsafinya
meminta keampunan dan pertolongan dari Allah
agar tidak terjerumus dalam dosa dunia
Lagu boleh di download di sini
 
Lirik lagu Mentari hidup oleh Haikal

Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...