Friday, July 9, 2010

.:: Makanan seimbang 2 ::.



Kita bersambung lagi pada post kali ini, setelah kita tahu apa yang perlu dan patut dimakan, saya akan terangkan tips2 bagaimana untuk mengambil makanan pula.

"Lebihkan pengambilan makanan yang tidak diproses dan tidak ditapis" contohnya sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar dari pokok tanpa melalui sebarang proses pembuatannya. Kurangkan makanan yang telah diproses seperti tepung, gula, beras, daging burger, dan nugget.

"Kurangkan penggunaan perisa makanan segera yang banyak di pasaran kita". Perisa makanan ini termasuklah kiub ayam, monosodium glutamat (MSG), dan sos yang mempunyai banyak garam dan bahan awet. Sebaliknya kita gantikan setiap perisa-perisa ini dengan perisa semulajadi seperti serbuk lada hitam, bunga cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, jintan, serai, lengkuas atau cengkih untuk menaikkan aroma dalam masakan.

Sekiranya sukar untuk kita menikmati makanan yang seimbang seperti ini, kekurangan zat tersebut boleh ditampung dengan mengambil pil makanan tambahan. Dengan mengambil pil ini hanya akan membantu kesihatan jika kekurangan zat secara berterusan tetapi bukan bertindak sebagai pelengkap zat. Memang mengambil pil ini lebih mudah dari hendak mencari sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak setiap hari bagi menikmati makanan seimbang. Dengan gaya hidup sekarang yang sangat sibuk, pil ini adalah jalan penyelesaiannya, tetapi harus diingat bahawa sekarang ini terdapat banyak sangat jenis pil2 makanan tambahan ini, kita seharusnya bijak mencari yang bagus dan baik agar tidak ditipu.

Makanan yang baik saja tidak cukup untuk pastikan kita meningkatkan daya ketumpuan otak (tumpuan, ingatan dan kepekaan) kerana minda kita memerlukan ransangan dari segi fizikal dan mental juga. Keadaan ini sama untuk semua peringkat usia, dari kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua. Jangan kita terpengaruh apabila orang menjual pil yang diperkaya dengan asid eikosapentanoik (EPA) dan asid dokoheksanoik (DHA) yang bagus untuk kanak-kanak meningkatkan tumpuan dalam kelas. Sememangnya kajian mengesahkan yang kedua-dua asid ini dapat membantu meransang neuron, tetapi tidak menjamin yang orang yang memakannya akan menjadi bijak pandai. Ia memerlukan juga tumpuan dalam kelas dan mengulangkaji pelajaran untuk berjaya dalam peperiksaan.

Teknik yang sebetulnya untuk merangsang aktiviti neuron adalah dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang mencabar minda seperti teka silang kata, sudoku, sahibba, menyelesaikan masalah matematik ataupun banyakkan membaca. Ini semua adalah kajian yang telah dilakukan bagi memastikan sel otak lebih aktif. Makanan sahaja tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu pandai dan bijak.

Rasanya cukup untuk kali ini, saya akan sambung lagi untuk post akan datang… tungguuuuu

Wednesday, July 7, 2010

.:: Makanan seimbang ::.



Acapkali kita mendengar yang sesetengah pil bagus untuk kesihatan, bagus untuk otak dan sebagainya. Kalau kita mendengar dari si penjual ubat sememangnya akan berkata begitu, pil ini bagus untuk meningkatkan keupayaan otak anak2 kita dan akan mudah memberi perhatian di dalam kelas. Ya, mungkin ada betulnya juga, tetapi di dalam makanan kita seharian itu tiadakah khasiat yang seperti pil2 ini? Sedangkan atuk nenek kita dahulu tidak perlu pun pil2 ini, tetapi hanya cukup dengan makanan yang ditanam sendiri dibelakang rumah. Mak ayah kita sihat dan cerdik juga walaupun hanya makan ubi kayu, pucuk paku, rebung dan sebagainya.

Menurut pakar2 kesihatan, kita hanya memerlukan 3 hingga 5 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari untuk membekalkan khasiat yang diperlukan oleh badan dan otak kita. Ini kerana sayur dan buah-buahan mempunyai banyak antioksidan yang bagus untuk meransang aktiviti neuron dalam otak kita. Neuron ini adalah sel saraf yang akan menghantar maklumat seperti arus elektrik apabila diransang. Ianya juga akan memproses dan memindahkan maklumat melalui isyarat elektrokimia.

Sayur-sayuran dan buah-buahan ini bukan sahaja mempunyai banyak antioksidan malah membekal garam galian (mineral) yang akan membolehkan otak beroperasi secara optimum. Tetapi gaya hidup moden zaman sekarang telah mengabaikan perkara ini, ibu bapa yang berkerjaya tidak mengambil berat soal pemakanan kepada anak-anak. Pengambilan makanan segera yang tidak seimbang bukan menambahkan zat yang diperlukan oleh badan tetapi hanya menambahkan kolesterol dan lemak di dalam badan. Oleh sebab itu, tidak hairan sekiranya Malaysia adalah negara yang mempunyai bilangan rakyat dengan berat berlebihan dan masalah obesiti yang tertinggi berbanding negara-negara lain di Asia ( bernama ).

Kita sangat beruntung kerana di negara kita mempunyai pelbagai jenis makanan yang sedap2 dan enak untuk dimakan. Kesemua makanan ini ada yang seimbang dan tidak seimbang. Oleh itu kita seharusnya bijak memilih makanan yang bagus untuk kesihatan kita. Pastikan setiap hidangan makanan kita mempunyai satu hidangan sayur-sayuran ataupun buah-buahan setiap kali kita makan. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna warni mempunyai banyak antioksidan antaranya seperti buah naga, buah delima, peria, sawi dan lain-lain lagi.

Seterusnya, bagaimana untuk mengambil makanan2 tersebut? Saya akan huraikan nanti di post yang akan datang...Selamat membaca

Tuesday, June 22, 2010

.:: Progress ::.

Terkini, L2 dan L3 dah siap, cuma perlu letak disc di antara keduanya. Tapi rasanya xperlu kot, sebab bukan dalam skop. Maybe for the next research. Mungkin akan join dengan Lukman untuk letak spinous implant. Masalah sekrang adalah untuk analisis, huhuhu. Xtau cara nak analisis, dan pasni nak tgok crack propagation plak. Banyaknya nak kena buat lagi, masa ada setahun lagi...sempat ka ni?????

.:: Rejab ::.


Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan dan dimuliakan. Masyarakat jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab adalah kerana mereka memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan peperangan di dalamnya. Dan Rasulullah mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di Bulan Rejab ini. Di dalam bulan ini jugalah satu peristiwa besar berlaku kepada Rasulullah S.A.W. iaitu Isra' dan Mikraj.

Banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam bulan Rejab ini, antaranya adalah Hijrah yang pertama ke Habsyah apabila pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah dan para sahabat, oleh itu Rasulullah memerintahkan berhijrah ke Habsyah kerana rajanya bersifat toleransi dan terbuka. Selain daripada itu, Isra' dan Mikraj, Perang Tabuk, Pembebasan baitul Maqdis, dan Lahirnya Imam Syafie RH. Peristiwa-peristiwa ini haruslah kita ingat dan ketahui untuk meningkatkan iman kita seterusnya bagaimana susah payah para sahabat, tabi'in dan tabiq tabiin dahulu untuk menyebarkan Islam sehinggalah kita anutinya sekarang. 

Untuk lebih makluman tentang bulan Rejab, boleh cari di enjin carian seperti Google, Yahoo, dan lain-lain lagi. Kalau rasa malas sangat, klik saja dari sumber di atas.

.:: Ramadhan ::.


Sempena Ramadhan yang akan tiba tidak smpai dua bulan lagi
Marilah kita sama2 perbanyakkan puasa dan membaca Al-Quran
Di sini ada beberapa link Al-Quran
untuk kita membaca melalui pdf

kalau rasa pdf xmenarik nak baca
boleh membaca dengan software flash ini

Kalau rasa2 boring tu, boleh dengar nasyid tentang Ramadhan ni

Jadi sama2lah kita perbanyakkan amalan di tiga bulan ini, Rejab, Syaaban, Ramadhan kerana di dalamnya terdapat banyak kebaikan dan rahmat dari Allah S.W.T.

" Renung-renungkan dan Selamat Beramal "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...