Thursday, July 22, 2010

.:: Mutiara kata 1 ::.


Mutiara kata kita pada hari ini adalah

Apabila hadiah (harta suap) telah masuk melalui sebuah pintu, maka sifat amanah akan keluar melalui jendela.

(Ahli hikmah)

Thursday, July 15, 2010

.:: Buku yang seharusnya dibaca ::.


Salah sebuah buku yang seharusnya dibaca oleh semua orang
Ia menerangkan tentang siapakah Alexander ini
bagaimana perjalanannya dari Barat hingga ke Timur
kemudian sehingga sampai ke tempat diantar dua bukit
berjumpa dengan kaum yang tidak faham untuk berbahasa
minta bantuan alexander untuk membantu mereka
daripada kaum yang ganas dan jahat
Mereka itulah Ya'juj dan Ma'juj
dengan menggunakan sumber alam dikawasan itu
ianya dipenuhi dengan besi dan tembaga
maka dengan kepakaran Alexander, membina satu tembok
untuk menghalang dari Ya'juj dan Ma'juj ini
Semua ini sudah diterangkan di dalam Al-Quran
Surah Al-Kahfi dengan nama Zulkarnain
dan terbukti yang Alexander itu adalah Zulkarnain

buku ini juga menceritakan tentang siapakah guru Alexander ini
Socrates - Plato - Aristotle - Alexander
Aristotle guru kepada Alexander dan anak murid kepada Plato
dan Plato adalah anak murid kepada Socrates
Socrates di bunuh dengan dipaksa untuk menelan racun
kenapa beliau dibunuh?
Menurut buku ini, Socrates dipaksa menelan racun 
kerana ia berpegang dengan fahaman monoteisme
iaitu percaya kepada tuhan yang satu
sedangkan kaumnya ketika itu percaya kepada banyak Dewa2
dalam bahasa Arab "telan" adalah luqoman
jadi adakah Luqman al-Hakim yang diceritakan di dalam Al-Quran adalah Socrates???
Socrates pada zamannya memang seorang yang bijak pandai
Mereka adalah orang yang sama???

Untuk mengetahuinya, bacalah buku ini
kerana di dalamnya terdapat pelbagai maklumat yang kita tidak ketahui
sebuah buku yang bukan bertujuan untuk bisnes
tetapi lebih kepada memberi ilmu untuk pembaca
yang minat untuk mengetahui sejarah!!!

Friday, July 9, 2010

.:: Tulang Belakang ::.



Progress terkini model tulang aku, model ini yang akan dimasukkan ke dalam tesis nanti. Walaupun kelihatannya baik di dalam Solidwork tetapi sedikit masalah apabila ingin diimport ke dalam ANSYS. Masih lagi dalam analisis, perlu dilakukan pembaikan dan pembaikan lagi. Inilah yang dikatakan master, xpa2 "Allah will help you". The important things, u need to sabar and pray to Allah. InsyaAllah...

.:: Makanan seimbang 2 ::.



Kita bersambung lagi pada post kali ini, setelah kita tahu apa yang perlu dan patut dimakan, saya akan terangkan tips2 bagaimana untuk mengambil makanan pula.

"Lebihkan pengambilan makanan yang tidak diproses dan tidak ditapis" contohnya sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar dari pokok tanpa melalui sebarang proses pembuatannya. Kurangkan makanan yang telah diproses seperti tepung, gula, beras, daging burger, dan nugget.

"Kurangkan penggunaan perisa makanan segera yang banyak di pasaran kita". Perisa makanan ini termasuklah kiub ayam, monosodium glutamat (MSG), dan sos yang mempunyai banyak garam dan bahan awet. Sebaliknya kita gantikan setiap perisa-perisa ini dengan perisa semulajadi seperti serbuk lada hitam, bunga cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, jintan, serai, lengkuas atau cengkih untuk menaikkan aroma dalam masakan.

Sekiranya sukar untuk kita menikmati makanan yang seimbang seperti ini, kekurangan zat tersebut boleh ditampung dengan mengambil pil makanan tambahan. Dengan mengambil pil ini hanya akan membantu kesihatan jika kekurangan zat secara berterusan tetapi bukan bertindak sebagai pelengkap zat. Memang mengambil pil ini lebih mudah dari hendak mencari sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak setiap hari bagi menikmati makanan seimbang. Dengan gaya hidup sekarang yang sangat sibuk, pil ini adalah jalan penyelesaiannya, tetapi harus diingat bahawa sekarang ini terdapat banyak sangat jenis pil2 makanan tambahan ini, kita seharusnya bijak mencari yang bagus dan baik agar tidak ditipu.

Makanan yang baik saja tidak cukup untuk pastikan kita meningkatkan daya ketumpuan otak (tumpuan, ingatan dan kepekaan) kerana minda kita memerlukan ransangan dari segi fizikal dan mental juga. Keadaan ini sama untuk semua peringkat usia, dari kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua. Jangan kita terpengaruh apabila orang menjual pil yang diperkaya dengan asid eikosapentanoik (EPA) dan asid dokoheksanoik (DHA) yang bagus untuk kanak-kanak meningkatkan tumpuan dalam kelas. Sememangnya kajian mengesahkan yang kedua-dua asid ini dapat membantu meransang neuron, tetapi tidak menjamin yang orang yang memakannya akan menjadi bijak pandai. Ia memerlukan juga tumpuan dalam kelas dan mengulangkaji pelajaran untuk berjaya dalam peperiksaan.

Teknik yang sebetulnya untuk merangsang aktiviti neuron adalah dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang mencabar minda seperti teka silang kata, sudoku, sahibba, menyelesaikan masalah matematik ataupun banyakkan membaca. Ini semua adalah kajian yang telah dilakukan bagi memastikan sel otak lebih aktif. Makanan sahaja tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu pandai dan bijak.

Rasanya cukup untuk kali ini, saya akan sambung lagi untuk post akan datang… tungguuuuu

Wednesday, July 7, 2010

.:: Makanan seimbang ::.



Acapkali kita mendengar yang sesetengah pil bagus untuk kesihatan, bagus untuk otak dan sebagainya. Kalau kita mendengar dari si penjual ubat sememangnya akan berkata begitu, pil ini bagus untuk meningkatkan keupayaan otak anak2 kita dan akan mudah memberi perhatian di dalam kelas. Ya, mungkin ada betulnya juga, tetapi di dalam makanan kita seharian itu tiadakah khasiat yang seperti pil2 ini? Sedangkan atuk nenek kita dahulu tidak perlu pun pil2 ini, tetapi hanya cukup dengan makanan yang ditanam sendiri dibelakang rumah. Mak ayah kita sihat dan cerdik juga walaupun hanya makan ubi kayu, pucuk paku, rebung dan sebagainya.

Menurut pakar2 kesihatan, kita hanya memerlukan 3 hingga 5 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari untuk membekalkan khasiat yang diperlukan oleh badan dan otak kita. Ini kerana sayur dan buah-buahan mempunyai banyak antioksidan yang bagus untuk meransang aktiviti neuron dalam otak kita. Neuron ini adalah sel saraf yang akan menghantar maklumat seperti arus elektrik apabila diransang. Ianya juga akan memproses dan memindahkan maklumat melalui isyarat elektrokimia.

Sayur-sayuran dan buah-buahan ini bukan sahaja mempunyai banyak antioksidan malah membekal garam galian (mineral) yang akan membolehkan otak beroperasi secara optimum. Tetapi gaya hidup moden zaman sekarang telah mengabaikan perkara ini, ibu bapa yang berkerjaya tidak mengambil berat soal pemakanan kepada anak-anak. Pengambilan makanan segera yang tidak seimbang bukan menambahkan zat yang diperlukan oleh badan tetapi hanya menambahkan kolesterol dan lemak di dalam badan. Oleh sebab itu, tidak hairan sekiranya Malaysia adalah negara yang mempunyai bilangan rakyat dengan berat berlebihan dan masalah obesiti yang tertinggi berbanding negara-negara lain di Asia ( bernama ).

Kita sangat beruntung kerana di negara kita mempunyai pelbagai jenis makanan yang sedap2 dan enak untuk dimakan. Kesemua makanan ini ada yang seimbang dan tidak seimbang. Oleh itu kita seharusnya bijak memilih makanan yang bagus untuk kesihatan kita. Pastikan setiap hidangan makanan kita mempunyai satu hidangan sayur-sayuran ataupun buah-buahan setiap kali kita makan. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna warni mempunyai banyak antioksidan antaranya seperti buah naga, buah delima, peria, sawi dan lain-lain lagi.

Seterusnya, bagaimana untuk mengambil makanan2 tersebut? Saya akan huraikan nanti di post yang akan datang...Selamat membaca
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...