Saturday, May 8, 2010

.:: Rahsia Pemakanan Genius Islam ::.

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji kesahihan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
1) MADU Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

Monday, May 3, 2010

Rahsia Solat


Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10..Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12..Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T..

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
Renung2kan dan selamat beramal !!!

Thursday, April 15, 2010

.:: Bila nak berubah ::.


Bila aku nak berubah ni
bila nak meeting ngan prof baru dok kalut nak buat keja
Seminggu tu dok buat apa?
main ja kot...huhuhu
Buat keja selalu last minit
Perangai dari undergraduate dulu xilang2 lagi

Macam mana nak buat ni?
xbest ar buat keja camni
tertekan sangat...huhuhu
serabut kepala otak dah

Ada sapa2 boleh tolong aku !!!!
Help me !!!!

Wednesday, April 14, 2010

.:: N97 ::.

Salam, dah lama xupdate2 blog ni. Tadi tgh2 boring study, teringat plak nak update blog yang dah bersawang ni...huhuhu Kali ni teringin nak cita pasal N97 Nokia. HP ni antara yang terbaik dari Nokia, sebab suma application yang penting2 dan terkini ada kat tepon ni. Ada orang buat perbandingan dengan Iphone dari Apple, ternyata tepon ini lebih baik dari segi applikasinya dan berbaloi untuk dimiliki. 

N97 mempunyai kamera 5MP dan sudah cukup untuk ambil gambar yang cantik dan berkualiti. Walaupun ianya kelihatan lebih tebal dari mana2 model yang lain, ini kerana ianya mempunyai keyboard yang boleh dikeluarkan selain daripada skrin sentuh 3.5" yang sedia ada. Beratnya pula lebih kurang 150g.
Dengan 128MB RAM dan 32G memory sudah mampu untuk menyimpan berjuta juta lagu dan gambar. Ianya juga mempunyai aplikasi WIFI, Bluetooth, HSDPA, 3G, mp3 dan boleh menerima isyarat GPS dengan install perisian seperti Garmin Mobile XT.

Jadi tunggu apa lagi, semua orang mampu untuk memilikinya. hehehe dah macam salesman plak. K la, sebenarnya dah xdak benda nak cita sebab tu bnyak melalut nih..huhu

K kepada semua yang akan final exam nnti, semoga berjaya!!!
Gud Luck !!!

Thursday, March 18, 2010

.:: Research Updated ::.

Saja nak update balik progress report aku dulu yang dah lama xupdate2. Setelah memikirkan betapa susahnya untuk menganalisis tulang belakang aku dulu tu bersama2 dengan disc, jadi aku permudahkan lagi dengan hanya fikir analisis utk satu tulang saja. Jadi terpaksa la aku modelkan balik tulang belakang aku tuh, kelihatannya seperti di bawah ni.


Mungkin kelihatannya agak pelik tetapi inilah tulang belakang anda, tidak perlulah anda untuk menafikannya lagi terimalah kenyataan, hehehe Macammana pun, aku kena siapkan minggu ni jugak, sebelum minggu depan prof nak tengok, huhuhu. First stage dah selesai, nnti masalah timbul bila nak import ke dalam software ANSYS plak untuk analisis.
Bahagian ruang kosong di tengah2 tulang tu, terletaknya spinal cord ataupun saraf tunjang anda. Renung2kanlah ciptaan Allah ini, bagaimana saraf tunjang yang lembut dan amat penting ini di kelilingi oleh satu lapisan tulang yang keras untuk menjaganya daripada rosak atau cedera. Walaupun kita sentiasa bergerak dengan aktiviti harian sedikit pun tidak menganggu ia.
Ini hanya sebahagian sahaja, belum lagi dilihat bagaimana setiap tulang itu mempunyai fungsi yang tersendiri walaupun secara kasarnya kita lihat ia serupa dan sama. Sepatutnya kita haruslah bersyukur kerana semua tulang2 kita dapat berfungsi dengan baik dan kita dapat melakukan kerja2 harian tanpa ada masalah. Alhamdulillah.......!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...