Wednesday, May 27, 2009

<= Minggu yang paling mencabar =>

Minggu ni lah paling sibuk aku rasa, walaupun sibuk tapi sempat lagi nak berblog..hehehe Minggu ni lah minggu perhitungan samaada aku boleh sambung master cepat atau lambat..perkara2 yg kena buat minggu ni:-
1)Isi balik borang sambung belajar
2)Buat proposal untuk master
3)Dapatkan sijil SLAB
4)Cepat dapatkan offer letter by research from UKM
Untuk program felo plak
1)Komfemkan hotel yg nak menginap nanti, dan dpatkan quotation
2)Komfemkan dengan universiti yg terlibat
3)Siapkan kertas kerja untuk program lawatan ini
4)Dapatkan LO daripada JHEPA
Untuk research grant
1)Siapkan design concept untuk turbin
2)Analisis FEA
3)Buat paper for the next conference b4 31/5
Satu lagi yang paling penting adalah!!! Beli tiket, aku nak balik kampung minggu ni!!!!!!! Tension2222222222222

Tuesday, May 26, 2009

.:: My Hometown ::.

Tengah godek2 komputer tadi, terjumpa plak gambar2 nie...gambar ni diambil masa bila ntah, dah lupa plak...hehehe Ni lah kampun halaman ku yang tercinta...

Ni lah kehidupan sebenar tempat tinggal ku, perkampungan nelayan...Jeti ke Langkawi pun ada kat situ, sesape yg nak pergi langkawi boleh singgah umah dulu...Ni plak gambar matahari nak terbenam, lebih kurang pukul 7 lebih kot...Gambar ni diambil dekat dengan kota kuala kedah...Sekian

Monday, May 25, 2009

.:: design updated, hydro turbine ::.

Ok ke turbin ni?cam pelik jer tengok...xsempat siapkan for the whole system. Just the turbine component. Ada dua konsep kat sini, xpe nanti boleh adjust balik. Cuma yang penting nak analysis jer dulu, papehal nnti boleh edit lagi.
Tunggulah kemunculan hydro turbine pertama di malaysia dalam skala kecil. Nama dia "Micro Hydro Turbine" nanti rumah2 yang dekat dengan sungai boleh beli satu, jadi xpayah nak bayar kat TNB dah. Hopefully succesful...hehehhe

Sunday, May 24, 2009

.:: My New Research ::.

The normal anatomy of the spine is usually described by dividing up the spine into 3 major sections: the cervical, the thoracic, and the lumbar spine. (Below the lumbar spine is a bone called the sacrum, which is part of the pelvis). Each section is made up of individual bones called vertebrae. There are 7 cervical vertebrae, 12 thoracic vertebrae, and 5 lumbar vertebrae.
An individual vertebra is made up of several parts. The body of the vertebra is the primary area of weight bearing and provides a resting place for the fibrous discs which separate each of the vertebrae. The lamina covers the spinal canal, the large hole in the center of the vertebra through which the spinal nerves pass. The spinous process is the bone you can feel when running your hands down your back. The paired transverse processes are oriented 90 degrees to the spinous process and provide attachment for back muscles.
The human spine is made up of 24 spinal bones, called vertebrae. Vertebrae are stacked on top of one another to create the spinal column. The spinal column is the body's main upright support.From the side, the spine forms three curves. The neck, called the cervical spine, curves slightly inward. The thoracic spine curves outward. The low back, also called the lumbar spine, curves slightly inward. An inward curve in the spine is called lordosis. An outward curve, as in the thoracic spine, is called kyphosis. The kyphosis is shaped like a C with the opening in front.

The middle 12 vertebrae make up the thoracic spine. Doctors often refer to these vertebrae as T1 to T12. The large bump on the back of the lower part of the neck is the seventh cervical vertebra, called C7. It connects on top of T1. The lowest vertebra of the thoracic spine, T12, connects below the bottom of the rib cage to the first vertebra of the lumbar spine, called L1.

Saturday, May 23, 2009

.::DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA::.

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.
Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.
Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" Tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." Jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" Desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun secara ketakutan bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Mata Nabi Musa pun berapi-api. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia menangis terangguk-angguk dan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu ke manakah kakinya untuk melangkah. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.
Sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa yang kian keliru. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina".
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.
Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pengajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah (berterusan).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...