Thursday, December 30, 2010

Install GPS

 klik gambar untuk besarkan

Tadi saya baru sudah meng 'install' software PaPaGo dalam GPS saya
Alhamdulillah dah boleh guna
walaupun softaware hack...hehe
Jadi GPS saya sekarang dah ada Lokatoo, Garmin n PaPaGo
tapi yang terbaik rasanya PaPaGo kot
sebab lebih terperinci n user friendly
banyak maklumat boleh simpan
dan xsusah nak cari tempat
Dalam software ini jugak dia boleh warning
kalau ada speed trap..hehe xtau lagi boleh ka dak
nanti nak try cmna..

Kesimpulannya, saya dah boleh guna GPS dengan gembira
walaupun sebelum ni, dok tensen ngan GPS ni
cari tempat selalu xjumpa...hehe
Sekarang, suma boleh cari...cakap ja tempatnya nak p
walaupun banyak lagi software GPS boleh masuk
rasanya dah cukup kot 3 software tu
boleh pilih mana2 yang berkenan

Untuk sapa2 yang nak hack Lokatoo (Proton)
Lokatoo ni dapat masa beli keta Proton
boleh tengok kat blog ni
dia ajar dari A sampai Z, sapa2 pun boleh buat
Ok, selamat mencuba

Wednesday, December 29, 2010

Kaedah Kajian


Oleh kerana saya ada masa satu sem saja lagi untuk siapkan master
maka dengan itu, saya seharusnya mula menulis tesis
"Time is running out" dengan izin
Jadi kat sini nak cerita apa yang perlu diceritakan dalam bab 3

KAEDAH KAJIAN
Mula2 intro sikit secara kasar pasal kajian tersebut
then cerita secara terperinci tentang setiap kaedah tersebut
seperti kaedah unsur terhingga
perisian yang digunakan
elemen yang digunapakai
sifat bahan kajian (model)
persamaan matematik 
analisis kebarangkalian

pastikan juga setiap penerangan perlu disusuli dengan rujukan 
setiap penerangan yang tiada rujukan
akan menjadikan penerangan tidak kuat
walaupun hujah yang diberikan betul
Perlu juga elakkan sebarang plagiat 
Ini adalah satu perkara yang tidak beretika
dalam satu kajian ilmiah
Tulisan yang baik adalah, dapat menerangkan kepada pembaca
sehingga faham tanpa ada sebarang pertanyaan di dalam fikirannya
Jadi, marilah sama2 kita menulis...menulis...dan menulis

Paybox.me lagi

Ramai yang kata Paybox.me ni scam
Entah lah saya pun xtau betul ke tak
Tapi saja ja sronok2 nak join
Cepat ja dia naik, xtau lagi apa bisnes yang dia buat
kita pun ragu2 jgak
tapi biar ja dulu
kita tengok bulan 5 tahun depan cmna
bila dia "OpenBox", baru tau betui ka dak


baru dua hari join
dah banyak ni saya dapat
senang2 ja dia bagi
biar betui !!! hehe

tapi kalau berminat nak tengok betui ka dak
boleh klik kat sini
daftar n isi survey dia 
anda akan dapat serupa yang saya dapat ni
Amacam, ada berannnn !!! haha

kat bawah ni ada satu website yang cita sikit psai Paybox.me ni
dan Pro dan Kons nya...anda boleh fikir2 nak join or not

http://ptc-investigation.com/payboxme.aspx
Did you get that? You are not earning dollars you are earning paybox currency. So as of now the earnings are useless.

If you do join be sure to use your spam email box, with a unique password. Don't use the same password you would use with other payment processors. Also be careful of what info you do submit to the site. At least until the site launches and everyone can see if this site actually the real deal.

For now, paybox.me will remain on the Ongoing Investigations List. Here are the pros and cons of this site:

PROS:

1. Unlimited Direct Referrals - There are no limits on how many referrals you can have. Great for promoters and those who can refer a lot of people.
2. All Countries Accepted - So far there are no restrictions and all can join and earn from this site. Will update if this changes.

 

CONS:

1. New Site - Use caution with new sites and what info you share with them. This site could be a phishing site, and the site has a very long pre-launch phase.

2. Whois Private - Unknown ownership. Not all sites that hide their identity are scams, but this is just one more reason why you should use caution with this site.

Tuesday, December 28, 2010

Triond

Bukti pembayaran dari Triond ke dalam akaun Paypal saya
semakin banyak anda menulis, semakin bnyak anda dapat

Apa itu Triond?

Triond adalah perkhidmatan penerbitan yang lengkap yang membolehkan pengguna dengan mudah menerbitkan kandungan berkualiti dari jenis apa pun, dalam format media. Kami menerbitkan pekerjaan anda pada rangkaian laman niche sehingga anda menjangkau khalayak yang lebih luas, mendapat pengiktirafan lebih dan memperoleh pendapatan lebih.
 
Apakah Triond untuk anda?

Adakah anda seorang penulis baru, seorang freelancer berpengalaman, atau hanya seseorang yang ingin berkongsi idea, Triond adalah untuk anda.

Menjadi Triond pengguna bebas dan membolehkan anda untuk:

     * Berbagi pengetahuan, idea, pendapat dan karya asli dengan khalayak global
     * Meningkatkan penonton kandungan asli anda diterbitkan
     * Keuntungan pengakuan yang lebih luas untuk kreasi anda
     * Menerima umpan balik dan wawasan daripada komuniti sesama penulis
     * Membangun portfolio kandungan anda
     * Dapatkan pendapatan dari kandungan anda diterbitkan

Satu lagi pendapatan pasif untuk dikongsi bersama
untuk maklumat lanjut klik di sini

Paybox,me

 klik gambar untuk besarkan

Salah satu program online yang sesuai untuk join, Paybox.me 
Ini baru semalam saya daftar

PayBox sedang mengembangkan mata wang dalam talian dan perkhidmatan pembayaran pemprosesan untuk melakukan transaksi jual beli online lebih mudah, lebih aman dan sedia untuk semua orang.

Kami sedang merancang perkhidmatan kami dengan bantuan dari kumpulan yang berdedikasi pengguna "Earlybird" yang menyumbang idea dan maklum balas.

Tahapan pembangunan dirancang untuk memulakan tahun 2011:

     * Transaksi antara ahli.
     * Usaha Kecil integrasi, termasuk modul proses pembayaran untuk semua perisian pembelian online popular.
     * Integrasi Mid-berukuran Perniagaan.
     * Integrasi Major Online Store.
     * Kad Debit PayBox disambungkan ke akaun anda.
     * Mata Wang pertukaran dengan semua mata wang utama dunia.

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh klik di sini
 kalau rasa ianya menipu, xrugi pun...selamat mendaftar

Wednesday, December 15, 2010

Conference

Bulan disember ni penuh dengan aktiviti
hadiri conference, kenduri kahwin, jalan2

 Pemandangan dari Renaissance Hotel (APIEMS conference)

 Waktu malam bandar Melaka dari Orkid Hotel (APIEMS conference)

 Villa yang abang shukri tinggal Philea (Melaka). Satu rumah besar ni ada 4 bilik. Terkejut jgak rate harga bilik kat tempat ni. Paling murah harganya RM700++. Ish222 xmampu la klu nak tinggal kat tmpat ni, baik dok hotel murah2 ja lagi jimat, mcm membazir ja...huhu 
Yg ni gmbar kenang-kenangan dengan beberapa peserta semasa conference tersebut. Dari Taiwan, Myammar, Jepun, dan Filipina. Best jgak ar conference mcm ni, connection yang penting sebenarnya. Lebih ramai kita kenal, lebih mudah kita nak buat research dalam bidang ni. Ok, jumpa lagi dalam conference akan datang...

Mentari hidup - Haikal

Sebuah lagu yang sangat best bagi saya,
setiap bait katanya begitu indah
mengingatkan dosa yang kita lakukan
dan menginsafinya
meminta keampunan dan pertolongan dari Allah
agar tidak terjerumus dalam dosa dunia
Lagu boleh di download di sini
 
Lirik lagu Mentari hidup oleh Haikal

Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

Sunday, December 5, 2010

Gemuk boleh nyanyuk

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my


CUBA tengok emak, kakak dan sepupu perempuan yang sudah berkahwin. Kira berapa ramai yang masih mengekalkan bentuk badan seperti ketika bujang. Ramai wanita di negara kita gemuk selepas berkahwin dan melahirkan anak kerana mereka biasanya menjadi orang yang menghabiskan saki baki makanan walaupun sudah kenyang,” kata seorang pakar kardiologi pada sidang kesihatan jantung tidak lama dulu.

Selepas melepasi 35 tahun, usaha untuk menurunkan berat badan biasanya menjadi lebih payah tetapi untuk naik dua atau tiga kilogram dalam sebulan semudah mengelip mata!

Seseorang dikatakan mempunyai berat badan berlebihan apabila kiraan Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 23 kg/m2 (bahagikan berat dalam kilogram dengan ukuran ketinggian dalam meter yang diganda dua). Ada juga pakar kesihatan yang mencadangkan setiap wanita mengekalkan ukuran pinggang supaya lebih kurang sama ketika mereka berusia 20-an.

Selain daripada itu, ramai pakar menyarankan kita mengukur nisbah saiz pinggang ke pinggul, supaya ia tidak melebihi 0.86 bagi wanita dan 0.95 bagi lelaki. Ini bertujuan menggalakkan wanita menumpukan lebih perhatian dan meletakkan keutamaan diri sendiri sebaris dengan suami dan anak-anak, khususnya dalam soal kesihatan.

Mengekalkan berat badan seimbang adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan khususnya bagi golongan pertengahan umur. Kajian menunjukkan bentuk badan buah pir (kegemukan di pinggang) memberi kesan lebih negatif terhadap kesihatan (khususnya penyakit jantung) berbanding bentuk epal (lemak berkumpul di pinggul dan paha).

Namun kini, penyelidik mendapati peningkatan berat badan juga boleh menjejaskan daya ingatan. Dalam kajian Inisiatif Kesihatan Wanita ke atas 9,000 wanita pertengahan umur yang disiarkan dalam Jurnal Persatuan Geriatrik Amerika, mendapati bagi setiap peningkatan satu mata BMI, kiraan markah untuk ujian daya ingatan menurun satu mata.
Maknanya, makin gemuk seseorang wanita itu, lebih tinggi kemungkinannya mengalami masalah daya ingatan.

Menurut Ketua Penyelidik, Sekolah Perubatan Feinberg Universiti Northwestern, Chicago, Dr Diana Kerwin, kajian berkenaan mengukuhkan lagi kepentingan untuk wanita menjaga berat badan. Malah, wanita gemuk tetapi mempunyai tekanan darah dan paras kolesterol normal juga perlu berusaha mengurangkan berat badan mereka; kerana ia akan memberi manfaat kepada kesihatan jantung dan otak.

Kajian dilakukan ke atas wanita berumur antara 65 hingga 79 tahun, 70 peratus daripada mereka alami masalah berat badan berlebihan atau obes tetapi tidak menunjukkan gejala dementia (nyanyuk) atau lain-lain ketidaknormalan pada otak.

Kajian ini juga membuktikan bahawa kegemukan dan obesiti tidak hanya mendekatkan seseorang dengan penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan strok tapi juga meningkatkan risiko nyanyuk.

Kajian lain pula mendapati orang yang alami kegemukan di pinggang terutama wanita mempunyai risiko lebih tinggi mendapat kanser pankreas. Bagi yang sudah alami masalah kegemukan, perlulah mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan berat badan secara sihat dengan mendapatkan nasihat doktor, pakar pemakanan dan senaman.

Berat badan kita tidak bertambah semalaman, ia berlaku secara perlahan-lahan dalam tempoh yang lama.

Justeru, pengurangan berat badan juga mestilah dilakukan secara perlahan dan berperingkat. Penggunaan produk untuk mengurangkan berat badan secara drastik dan cepat dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan.

Antara punca peningkatan berat badan:
  • Terlebih makan
  • Kurang bersenam
  • Kurang tidur - Jika kita berjaga hingga lewat malam, kita akan lebih cenderung untuk makan dan ini akan meningkatkan pengambilan kalori. Apabila kita tidur lewat, proses biologi badan akan merosot dan hormon yang memberi kesan kepada selera akan mengambil alih menyebabkan anda berasa lebih lapar pada waktu pagi. Hormon ini juga akan membuatkan kita berasa kurang kenyang selepas makan.
  • Tekanan - Apabila dalam keadaan terlalu tertekan, badan akan berada dalam mod berjuang dengan menghasilkan hormon kortisol (hormon tekanan) yang akan menyebabkan selera makan bertambah. Biasanya dalam keadaan tertekan, kecenderungan untuk makan juga meningkat bagi melegakan fikiran dan perasaan. Ketika inilah kita cenderung memilih makanan yang tinggi kandungan kalori - secara tidak langsung mengukuhkan asas kepada masalah berlebihan berat badan.
  • Pengambilan ubat antikemurungan - Antara kesan sampingan pengambilan ubat penenang ialah peningkatan berat badan yang berlaku pada kira-kira 25 peratus pengguna terutama jika ia diambil dalam jangka masa panjang. Bincanglah dengan doktor untuk menukar ubat jika anda turut mengalami perkara sama. Ada orang yang berat badannya bertambah sebaik memulakan pengambilan ubat; kerana apabila fikiran tenang, selera makan turut bertambah.
  • Ubat antikeradangan seperti corticosteroid - Selain mengurangkan atau menghentikan keradangan, ia juga boleh menyebabkan retensi air dan peningkatan selera. Bagaimanapun, kesannya berbeza mengikut pesakit dan dos yang diambil.
  • Masalah hipotiroidisme - Ia bermakna kelenjar tiroid (terletak di leher) tidak dapat menghasilkan hormon tiroid secukupnya menyebabkan anda cepat berasa letih, lemah, sejuk dan berat badan bertambah. Ketidakcukupan hormon tiroid akan memperlahankan metabolisma, membuatkan berat badan lebih cepat meningkat. Malah berat badan juga boleh bertambah walaupun paras hormon berada pada had terendah dalam julat normal.
  • Penuaan - Penuaan juga akan memperlahankan metabolisma dan pembakaran kalori mengambil masa yang lebih lama. Apabila usia meningkat kita juga menjadi kurang aktif. Bagi wanita menopaus, pengumpulan lemak biasanya berlaku di pinggang; dan bukannya di pinggul dan paha seperti wanita muda.
  • Sindrom Polisistik Ovari (PCOS) - Ini adalah masalah hormon yang lazim di kalangan wanita muda. Banyak sista kecil tumbuh pada ovari wanita yang mengalami PCOS dan ia menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang turut menjejaskan kitaran haid wanita berkenaan, pertumbuhan bulu roma berlebihan dan jerawat. Wanita PCOS juga mengalami masalah kerintangan insulin (kurang sensitif pada insulin untuk mengangkut gula daripada darah masuk ke dalam sel); mengakibatkan berat badan mereka meningkat.
  • Berhenti merokok - Nikotin akan menumpulkan selera dan sensitiviti deria rasa pada lidah. Apabila seseorang itu berhenti merokok, keadaan akan kembali normal dan inilah yang menyebabkan selera makan bekas perokok bertambah. Secara purata orang yang berhenti merokok mengalami pertambahan berat antara dua hingga empat kilogram. Bagaimanapun pertambahan berat badan ini boleh dikawal dengan mengawal jumlah makanan yang diambil. Janganlah ada perokok yang menjadikan perkara ini sebagai alasan untuk tidak berhenti merokok kerana di kalangan perokok tegar pun ramai yang gemuk.

    Jika anda mengalami masalah berat badan:
  • Jangan berhenti mengambil ubat tanpa nasihat doktor. Ketahui fungsi dan kepentingan ubat yang anda ambil. Ia mungkin sangat penting untuk kesihatan anda. Biasanya apabila doktor memberikan anda ubat, dia sudah membuat pertimbangan antara manfaat dan kesan sampingan yang mungkin anda hadapi.
  • Jangan membandingkan diri anda dengan orang lain yang mengambil ubat sama. Setiap orang mempunyai tindak balas berbeza dan bukan semua orang akan mendapat kesan sampingan yang sama. Begitu juga dengan ubat menguruskan badan. Pada A ia mungkin berkesan tetapi tidak semestinya ia akan memberi kesan yang sama pada anda.
  • Jangan panik jika penambahan berat badan anda disebabkan retensi air kerana ia hanyalah sementara. Kesan ini akan hilang sebaik anda menghabiskan pengambilan ubat berkenaan.
  • Mulakan program mengawal makan dan bersenam. Ia bukan saja membantu mengatasi masalah anda tetapi akan meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. 

Thursday, November 25, 2010

Epal remajakan kulit


Oleh RAJA NORAIN HIDAYAH RAJA ABDUL AZIZ

PENUAAN adalah proses semula jadi yang akan dialami setiap manusia, namun ada di antara kita seakan-akan ‘gerun’ mendengar perkataan itu.
Sebiji epal mampu mengatasi masalah penuaan. Mungkin sukar dipercayai, namun itulah kenyataannya kerana buah itu mengandungi bahan anti oksidan yang tinggi.

Hasil kajian menunjukkan, epal bukan saja dianggap bahan anti-pengoksida, malah juga boleh mencegah penyakit barah.

Malah, secara tidak langsung ia boleh menghalang sel dalam badan daripada mengalami kerosakan dan mematikan bahan radikal bebas yang berbahaya.

Epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.
Pengurus Unit Perniagaan Mibelle Biochemistry Switzerland, Dr Fred Zulli, berkata pengambilan sebiji epal atau jusnya setiap hari mampu melambatkan proses penuaan.

Sel stem buah itu mampu memberi kesan positif kepada manusia kerana ia berupaya memperbaiki tisu dan sel dalam badan di samping menggalakkan penghasilan sel baru.

“Sel kulit manusia mempunyai jangka hayat terhad, ditambah pula usia yang semakin meningkat selain keadaan persekitaran yang tidak menentu memberi implikasi negatif kepada kulit.

“Secara tidak langsung keadaan itu menyumbang kepada kehilangan regangan kulit, menimbulkan kedutan dan sekali gus mempercepatkan proses penuaan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Lebih menarik, buah itu kaya dengan fitonutrien, protein dan mempunyai sel hidup yang panjang, malah ia ada sel tisu Malus PhytoCellTec Domestica pada sel stem pokoknya.

Beliau menambah, sel tisu berkenaan didapati boleh membantu melindungi sel induk kulit manusia daripada unsur yang boleh merosakkan kulit seperti sinaran ultra ungu (UV).

Di Switzerland, penduduknya mengamalkan makan sejenis epal diberi nama Uttwiler Spatlauber yang mengandungi banyak khasiat kepada kesihatan manusia.
Sel stem buah itu berkesan mengembalikan keremajaan kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel premium kulit yang menjadi sumber utama untuk membaiki epidermis iaitu lapisan luar kulit di samping menggalakkan pembentukan pigmen kulit.

Uniknya, buah itu mampu bertahan lebih enam bulan tanpa berubah sedikitpun bentuk asalnya walaupun tidak diletakkan di dalam peti sejuk.

Selain epal, ada buah lain yang memiliki khasiat tersendiri yang juga bertindak mencantikkan kulit, sekali gus mengatasi penuaan.

Buah yang tergolong dalam jenis sitrus sepeti oren, limau gedang dan tangerine mempunyai kandungan vitamin C tinggi yang berupaya menggalakkan pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.

Bagi berkongsi kebaikan buah-buahan dalam melambatkan proses penuaan, sebuah syarikat tempatan, Go Cell International Sdn Bhd mengeluarkan produk minuman kesihatan diberi nama Go Geous.

Mengandungi ekstrak epal Uttwiler Spatlauber sebagai bahan utamanya, produk ini juga menggabungkan kolagen, ekstrak biji anggur, beri acai dan campuran enam jenis beri pastinya menjadikan ia produk hebat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hazimi Hamid, Ge Geous bukan saja bertindak melambatkan proses penuaan, malah berfungsi sebagai makanan tambahan kepada pengguna.

“Boleh dikatakan ia produk lengkap untuk kecantikan dalaman dan luaran dari hujung rambut hingga hujung kaki.

“Kami terlebih dulu melakukan kajian secara menyeluruh sebelum menggabungkan pati epal Uttwiler Spatlauber dan bahan lain bagi memastikan ia memberi kesan maksimum,” katanya.

Tambahnya, produk ini boleh diminum oleh sesiapa tanpa mengira umur dan ia tidak berbahaya kepada ibu mengandung.

Masa


Allah telah memberi kita masa yang cukup banyak iaitu 24 jam sehari, tetapi kenapa kadang2 kita sering merasakan yang masa itu tidak cukup dan kadang2 masa itu tersangat panjang dan sangat lapang. Ini menjadi persoalan kepada kita semua. Masa ini sangat penting sehinggakan ada pepatah yang mengatakan "Masa itu Emas" menggambarkan betapa berharganya masa tetapi manusia selalu melalaikannya juga. Kenapa ini berlaku?

Allah juga telah bersumpah dalam surah Al-'Asr, "Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar". Siapakah orang yang beriman? Mereka yang berpesan2 dengan kebenaran dan dengan sabar. Kebenaran apa? Kebenaran dari Al-Quran, apa yang disuruhNya dan apa yang dilarangNya. Kenapa perlu bersabar pula? kerana bukan semua kebenaran yang disampaikan itu mendapat respon yang baik, malah tindakan yang kurang baik juga seringkali dihadapi oleh mereka, tetapi mereka tetap sabar kerana percaya yang golongan ini belum diberikan hidayah oleh Allah. 

"Setiap yang hidup akan merasai mati". Sedarkah kita, ketika kita akan menghembuskan nafas yang terakhir di kala Izrail akan menarik roh kita di atas arahan Allah, masa, dirasakan sangat penting bagi kita. Pada masa itu, satu jam, satu minit, satu saat, malah setengah saat pun kita tidak akan mendapat lagi dari Allah untuk melakukan kebaikan. Sungguh bahagianya bagi orang yang dapat melafazkan "Lailahaillallah" ketika ajalnya datang, semoga kita semua dapat mengucapkannya InsyaAllah. Kita tidak tahu bagaimana kematian kita nanti, adakah semasa solat, adakah semasa berzikir, adakah semasa di dalam tandas, adakah semasa sedang memandu kereta dan sebagainya. Kita memohon kepada Allah agar mematikan kita dalam keadaan yang baik sebagaimana doa yang dituntut kita membacanya "Ya, Allah matikan aku dengan sebaik-baik kematian, dan janganlah matikan aku dengan kematian yang buruk".

Oleh itu, masa yang Allah beri ketika ini haruslah digunakan dengan sebaik2nya kerana ia tidak akan kembali lagi. Setiap saat yang berlalu, bukan menambahkan lagi umur kita tetapi mengurangkan lagi masa hidup kita di dunia ini. Sama2lah kita memanfaatkan masa, semoga kita tergolong dikalangan orang yang beriman. Aminnnnn

Tuesday, November 23, 2010

Sakit sendi faset torasik


Oleh DR NIZAR ABD JALIL (Pakar Kesakitan Kronik Hospital Universiti Sains Malaysia)
METRO AHAD
JIKA anda berasa sakit di antara dua tulang belikat atau tulang kipas, anda kemungkinan menghidap sakit sendi faset torasik. Ia adalah penyakit artritis sendi faset pada bahagian vertebral torasik. Gejala ini memang banyak berlaku di kalangan kita tapi tidak ramai pesakit dapat rawatan yang mujarab.
Kenapa begitu? Ini adalah kerana penyakit sendi faset torasik ini sukar dikenal pasti oleh ramai doktor. Malah gejala atau manifestasi penyakit ini jarang disebut dalam buku perubatan moden. Ubat penahan sakit dan fisioterapi saja tidak dapat mengawal sakit ini untuk selamanya.

Apakah sendi faset torasik?
Sendi faset torasik berada di kiri dan kanan tulang vertebral torasik. Tulang belakang torasik terletak pada bahagian tengah menyambungkan vertebral tengkuk (servikal) dan pinggang (lumbar). Setiap segmen mempunyai sepasang sendi faset yang kecil sebesar kacang pis yang berfungsi untuk menyambung dan membenarkan pergerakan putaran di antara segmen vertebral.
 Vertebral torasik ini dilindungi dengan dua belas tulang rusuk yang dapat berfungsi menyerap dan mengagihkan tekanan pada sendi faset. Oleh kerana pergerakan harian kita kurang membabitkan vertebral torasik, maka secara perbandingannya, proses kerosakan akibat pergerakan kurang berlaku di sini jika dibandingkan pada bahagian tengkuk dan pinggang. Maka tidak hairanlah ramai doktor tidak arif mengenai manifestasi penyakit artritis sendi faset ini. Oleh kerana tulang vertebral torasik ada 12 kesemuanya, maka kesakitan boleh berlaku di mana-mana sepanjang tulang berkenaan.

Apa gejala sakit sendi faset torasik?
Sakit sendi faset torasik boleh berlaku sepanjang sisi tulang vertebral torasik. Rasa sakit boleh berpunca daripada sendi facet yang mengalami artritis ataupun daripada otot pada kiri kanan tulang belakang yang mengalami keadaan sindrom miofasia. Rasa sakit pada otot biasanya sangat ketara dan pesakit boleh menentukan lokasinya secara terperinci. Gejala yang paling kerap ialah rasa sakit di antara dua tulang belikat atau tulang kipas. Keadaan ini memberikan tip penyakit ini membabitkan sendi faset tulang torasik bahagian atas. Dalam keadaan ini, pesakit juga akan rasa keadaan bahu menjadi lemah dan pergerakan tangan pada sendi bahu tidak bermaya.
Kadang kala rasa sakit pada tulang belikat ini seolah-olah menjalar turun ke tangan. Banyak juga di kalangan pesakit saya mengadu sukar bernafas seperti episod lelah.
 Ada juga beberapa pesakit mengadu tidak boleh tidur terlentang kerana posisi berkenaan menyebabkan tekanan kuat pada sendi faset dan mengakibatkan kesakitan yang lebih kuat pada tulang belakang. Selain itu, pesakit yang mengalami keadaan abnormaliti pada tulang belakang seperti skoliosis cenderung untuk dapat penyakit sendi faset ini.

Rawatan yang berkesan
Ubat penahan sakit dan fisioterapi saja tidak dapat mengawal sakit ini untuk selamanya. Itu adalah rawatan biasa yang diberi kebanyakan doktor.

Ada juga doktor yang berani suntik ubat bius pada otot yang sakit. Bagaimanapun, ia hanya melegakan untuk sementara waktu. Rawatan paling berkesan ialah rawatan radiofrekuensi, iaitu suntikan yang bertujuan melumpuhkan saraf sensori pada sendi faset berkenaan. Teknik ini pada prinsip sama saja dengan rawatan radiofrekuensi sendi faset pada tengkuk dan pinggang, tapi daripada segi teknikalnya berbeza kerana ia lebih rumit dan mencabar. Komplikasi yang paling bahaya boleh berlaku ialah kebocoran paru-paru kerana sendi ini hampir dengan paru-paru. Oleh itu jika anda mahu mendapat rawatan, anda perlu pastikan bahawa doktor yang merawat itu benar-benar terlatih.
 Pengalaman saya dalam merawat pesakit ini di HUSM, hampir 90 peratus daripada pesakit dapat dikawal kesakitan mereka ke tahap minimum. Tiada komplikasi yang serius berlaku.

Senaman kawal kencing manis


Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

ADAKAH senaman hujung minggu selama dua setengah jam memberi kesan sama dengan bersenam 30 minit sehari yang dilakukan lima hari berturut-turut? Walaupun hanya bersenam satu atau dua kali, jumlah waktunya sama. Jadi, sepatutnya kesannya juga sama, bukan?” soal seorang teman.
Jawapannya: Tidak. Ini jawapan yang diberikan Ketua Jabatan dan Perunding Perubatan Kanan, Jabatan Perubatan Hospital Taiping, Dr Letchuman Ramanathan. Tidak kira perkara apa pun sama ada soal makan, amal ibadat mahu pun penjagaan kesihatan, yang penting ialah konsisten atau istiqamah; iaitu ia dilakukan secara berterusan; apatah lagi bagi mereka yang menghidap penyakit gaya hidup termasuklah kencing manis.
Kencing manis kini ancaman besar kepada penduduk dunia terutama di Asia; dengan gaya hidup kita hari ini dan semua orang berpeluang mendapat kencing manis kerana risikonya bertambah dengan peningkatan umur. Kajian Kesihatan dan Morbiditi 2006 mendapati 14.9 peratus rakyat negara kita yang berumur 30 tahun ke atas menghidap kencing manis berbanding hanya 8.3 peratus pada 1996.

Antara kaedah terbaik mengawal kencing manis ialah bersenam dan menjaga pemakanan. Ramai pakar kesihatan bersetuju senaman perlu dijadikan preskripsi iaitu ia perlu diambil (dilakukan) setiap hari; bukan untuk pesakit saja bahkan semua orang. Ini kerana senaman boleh mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 66 peratus.

Jadi, kenapa perlu bersenam setiap hari dan tidak boleh dikumpul untuk dilakukan pada hujung minggu? Menurut Dr Letchuman, kencing manis jenis 2 yang dihidapi 90 peratus pesakit disebabkan badan mungkin tidak menghasilkan cukup insulin (yang bertindak sebagai pengangkut gula dari dalam darah masuk ke sel) atau badan hilang sensitiviti terhadap insulin (keadaan ini dipanggil kerintangan terhadap insulin) dan mengakibatkan insulin tidak diguna dengan sebaik-baiknya. Kesannya, makin banyak gula terkumpul dalam darah.

Bersenam mempunyai kesan legasi iaitu ia mampu mengurangkan kerintangan terhadap insulin dan kesan ini boleh berlanjutan sehingga 48 jam. Jadi, sensitiviti badan terhadap insulin meningkat dan boleh menggunakan insulin untuk mengangkut gula dari darah masuk ke dalam sel. Jadi, jumlah gula dalam darah akan menurun.

Jika kita bersenam setiap hari, kesan legasi ini akan berterusan dan membolehkan paras gula darah sentiasa berada dalam julat normal. Inilah sebabnya kita tidak boleh tunggu hingga hujung minggu saja untuk bersenam. Setiap orang sepatutnya bersenam 30 minit sehari; lima hari seminggu atau jumlah terkumpul 150 minit seminggu jika ia dilakukan selang sehari,” katanya.

Menurutnya, perubahan gaya hidup dengan menjaga pemakanan dan bersenam boleh melengahkan kemunculan penyakit kencing manis terutama bagi golongan berisiko tinggi iaitu yang mempunyai ibu dan ayah penghidap kencing manis serta mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Peningkatan harga gula bukanlah perkara buruk, ia mempunyai manfaat tersirat. Ia secara tidak langsung menyedarkan kita semua untuk mengurangkan penggunaan gula dalam semua makanan dan minuman yang sekali gus membantu memudahkan kawalan penyakit.

Sebenarnya kita tidak memerlukan gula. Ia hanyalah untuk memuaskan selera lidah. Badan masih boleh mendapatkan gula daripada sumber karbohidrat seperti nasi, mi, bihun, pasta, kentang, ubi dan semua makanan berkanji. Lebih lama badan terdedah kepada gula, makin banyak kerosakan yang berlaku pada tisu,” katanya pada bengkel Kawalan Glisemik dan Pengurangan Risiko Kardiovaskular anjuran GlaxoSmithKline (GSK) sempena Hari Diabetes Sedunia yang disambut pada 14 November setiap tahun.

Senaman membantu usaha mengawal kencing manis dengan:
  • Memperbaiki keupayaan badan menggunakan insulin;
  • Membakar lebihan lemak, sekali gus membantu mengurangkan berat badan. Pengurangan lemak badan akan meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin;
  • Memperbaiki kekuatan otot;
  • Meningkatkan ketumpatan dan kekuatan tulang;
  • Merendahkan tekanan darah;
  • Memperbaiki dan melancarkan aliran darah;
  • Mengurangkan paras kolesterol buruk dan meningkatkan kolesterol baik, sekali gus memberi perlindungan daripada penyakit jantung;
  • Mengurangkan tekanan dan merangsang penghasilan hormon yang membuat kita berasa tenang dan seronok.

    Dr Letchuman mengakui kencing manis adalah antara penyakit yang sukar dikawal di negara kita. Ada banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini seperti:
  • Pengambilan makanan yang berlebihan dan kurang bersenam;
  • Penyakit lewat dikesan. ramai tidak sedar mereka menghidap kencing manis kerana gejala awalnya tidak jelas. Ini menyebabkan 50 peratus pesakit lewat mendapatkan rawatan;
  • Pesakit bertindak merawat diri sendiri dengan mencuba pelbagai jenis ubat, rawatan alternatif dan persediaan tradisional;
  • Pesakit tidak mematuhi jadual pengambilan ubat; keberatan menjalani rawatan atau bimbang terhadap penggunaan insulin. Salah anggapan terhadap insulin menyebabkan ramai mencuba rawatan alternatif sedangkan insulin boleh membantu memperlahankan perkembangan penyakit;
  • Bimbang kesan sampingan ubat seperti dilihat pada pesakit lain. Pesakit tidak perlu gusar kerana ubat untuk setiap individu berbeza mengikut tahap penyakit masing-masing. Jika ada kesan sampingan, berbincanglah dengan doktor supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.

    Senaman apakah yang baik untuk pesakit kencing manis? Pesakit boleh melakukan semua jenis senaman aerobik mengikut kemampuan mereka. Senaman yang paling mudah ialah berjalan kerana ia boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana-mana saja hatta di dalam rumah.

    Bagaimanapun, jika anda tidak pernah bersenam, dapatkan nasihat doktor mengenai senaman yang sesuai untuk anda dan dalam keadaan bagaimana anda tidak boleh bersenam atau perlu berhenti bersenam.

    “Apabila doktor kata anda perlukan suntikan insulin, jangan panik dan takut. Suntikan insulin bukan bermakna penyakit anda sudah sampai ke peringkat akhir. Ia boleh memperlahankan atau melengahkan perkembangan penyakit.

    “Jika doktor mencadangkan anda mengambil suntikan insulin, cuba untuk seminggu dan lihat perubahan yang berlaku pada anda. Jika suka boleh teruskan dan jika tidak, boleh kembali kepada ubat.

    “Berdasarkan pengalaman, kebanyakan pesakit berkata kualiti hidup mereka lebih baik selepas mengambil suntikan insulin. Mereka juga tidak lagi kerap bangun malam untuk membuang air kecil,” katanya.

    Mengawal kencing manis bukan saja membuatkan anda lebih selesa, juga mengurangkan risiko mendapat:
  • Penyakit jantung;
  • Strok;
  • Penyakit mata yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan atau kebutaan;
  • Kerosakan saraf pada tangan, kaki atau bahagian lain badan. Ia juga antara punca utama kaki pesakit dipotong kerana apabila saraf rosak, pesakit hilang sensitiviti terhadap rasa sakit. Malah ia juga kerap mengakibatkan pesakit lelaki mati pucuk atau erektil disfungsi.
  • Kegagalan buah pinggang;
  • Penyakit gusi yang menyebabkan kehilangan gigi;

    Pengarah Yayasan Jantung Malaysia, Datuk Dr Khoo Kah Lin; berkata kencing manis yang bertambah teruk boleh memberi kesan buruk kepada salur darah yang menyebabkan pelbagai penyakit. Jika salur darah besar yang terbabit; ia boleh mengakibatkan strok, serangan jantung dan masalah pada kaki (antara penyebab kaki pesakit terpaksa dipotong).

    Kerosakan salur darah halus akibat kencing manis biasanya berlaku pada mata (retinopati diabetes atau kebutaan), kegagalan buah pinggang dan saraf pada kaki.

    “Serangan jantung adalah pembunuh utama di kalangan pesakit kencing manis. Pesakit kencing manis mempunyai risiko meninggal dunia dua hingga tiga kali lebih tinggi akibat serangan jantung berbanding orang normal. Oleh kerana ramai pesakit lewat berjumpa doktor, biasanya ketika kencing manis dikesan, mereka sudah mengalami pelbagai masalah salur darah yang meningkatkan risiko mendapat serangan jantung.

    “Selain pengambilan ubat, saya selalu beri preskripsi diet kepada pesakit kencing manis iaitu isikan separuh pinggan dengan sayur-sayuran, satu perempat untuk sumber karbohidrat (contohnya nasi, mi, roti) dan satu perempat lagi untuk sumber protein sama ada ikan, ayam atau daging,” katanya.

Insaf

Buatlah setiap perkara dengan ikhlaskan niat di hati kerana Allah, bukan kerana pujian dari makhluk...biarlah kita mendapat cemuhan dan kutukan dari manusia asalkan mendapat pujian serta disayangi oleh Allah...Manusia tidak dapat memberi apa2 mudhorat kepada manusia lain selagi mana Allah tidak mengizinkannya...
  
Ingatlah, setiap kali kita bangun dari tidur, Allah telah memberi peluang kepada kita untuk bertaubat dan melakukan apa yang disuruhNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya...jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam, dalam semua perbuatan dan amalan kita kerana kita boleh mati tidak kira masa dan tempat...

Friday, November 5, 2010

Janji


Janji itu adalah satu ikatan yang sangat perlu ditunaikan oleh semua orang
baik muda atau tua, baik kecil mahupun besar
kerana ianya termasuk dalam sebab yang menjadikan kita munafiq
 "Janji itu adalah hutang" (Nabi Muhammad)
"janganlah percaya kepada orang yang pernah mengingkari janji" (Shakespeare)

 Apabila Nabi berkata janji itu sebagai hutang, maka ianya adalah satu perkara yang sangat berat perlu diberi perhatian
sekiranya hutang dengan Allah, tuhan akan memaafkan ummatnya
tetapi bagaimana pula sekiranya berhutang dengan manusia
selagi  belum dimaafkan oleh manusia tersebut
kita akan sentiasa berada dalam keluh kesah
ini kerana setiap amalan kita akan ter"gantung"
walaupun kita melakukan kebaikan setinggi gunung

bayangkan ketika Allah mahu memasukkan kita ke dalam syurga
dan kita pun mahu memasukkan kaki ke dalamnya
ketika itu juga, orang yang kita berhutang dengannya seraya berkata 
"Ya Allah, orang ini telah berhutang denganku"
 ketika itu juga, Allah menarik balik keputusan Nya mahu memasukkan kita ke dalam syurga selagi kita tidak menjelaskan hutang kita,
begitu berat hutang yang tidak dijelaskan dengan segera 
sebelum malaikat maut mengambil nyawa dari jasad

"Apabila saya berjanji menjumpai seseorang pada jam yang ditetapkan, wajib bagi saya menepati janji itu seperti menepati janji hendak membayar sejumlah wang tertentu kepada seseorang, saya pun tidak berhak mencuri waktunya seperti mencuri wangnya" (W.J.Brown)

Oleh itu, apabila kita sudah berjanji, maka sedaya upaya kita harus tepatinya
Jangan selalu menjadikan tabiat "Janji Melayu" berada dalam diri
Jangan biarkan "janji melayu" adalah janji yang tidak pernah tepat
tetapi jadikanlah "janji melayu" adalah janji yang selalu ditepati oleh orang Melayu yang majoritinya beragama Islam
tunjukkanlah satu sikap yang diajar dalam agama Islam agar kita tidak diperlekehkan oleh agama lain...sekian
  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...