Friday, January 23, 2009

Statics

Sedar tak sedar dah 4 minggu aku mengajar subjek statik. Seronok juga mengajar subjek ni, xpyah lagi aku nak kena prepare banyak2 lagi cam sem lepas. Apa yang perlu aku buat hanya tunjukkan slide yang dah ada dan buat soalan. Kiranya mudah ar sikit kalau nak bandingkan dengan semester lepas. Memandangkan subjek ni just kena buat banyak soalan, so aku tekankan diorang pada tutorial dan assignment jer. Anyway, sem ni aku dah bersemangat untuk pastikan semua student aku berjaya, tambahan pula aku dah jadi felo pulak. Bertambah la pulak kejer aku sekarang, tapi xpe asalkan anak bangsa berjaya dunia dan akhirat...hehehe
"Kebanggaan seorang guru adalah apabila dapat melahirkan anak murid yang berjaya melebihi dirinya"

Friday, January 16, 2009

Mutiara Kata

Salam, dah lama xtulis blog nie, malas sebenarnya tapi arini semangat sikit ntah la nape...just nak petik kata-kata hikmah daripada buku 7000 mutiara kata.
1.Ada baiknya pula belajar daripada musuh kita (Ovidius)
2.Kita belajar bukan untuk sekolah tapi untuk hidup kita (Seneca)
3.Kita belajar sedikit dari kejayaan, tetapi banyak belajar dari kegagalan
4.Tidak seorang pun yang dilahirkan berilmu,kerana ilmu diperolehi dengan belajar. Jadi manusia perlu belajar (Ibnu Mas'ud)
5.Akal laksana payung terjun, Ia tidak berguna kalau tidak terbuka
6.Agama itu akal, tidak agama bagi siapa yang tidak berakal (Nabi Muhammad s.a.w)
7.Apabila akal tidak sempurna maka kuranglah bicara (Ali b Abi Talib)
8.Air mata adalah masin, kerana itu ia adalah asam garam kehidupan (hamka)
9.Mencari wang adalah seperti menggali dengan jarum, membelanjakannya seperti air yang meresap ke dalam pasir (Peribahasa jepun)
10.Orang berakal percaya pada pekerjaannya, orang bodoh percaya pada angan-angannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...