Thursday, September 17, 2009

.:: Balik Raya ::.

Hari raya dah dekat, semua orang nak balik kampung. Tetapi tahukah anda yang statistik menunjukkan kemalangan jalanraya pada musim-musim perayaan semakin bertambah saban tahun. Sehingga kini, laporan OPS Sikap 1 hingga OPS Sikap ke 13 menunjukkan pertambahan yang amat menbimbangkan. Sebanyak 9014 kemalangan dicatatkan untuk OPS Sikap 1 manakala 13,625 pula pada OPS Sikap 13 (statistik dari JKJR).
Apa silapnya? Pelbagai kempen telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pengangkutan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan NGO yang tidak jemu memperkenalkan kempen baru setiap kali perayaan. Adakah sikap rakyat malaysia sendiri yang tidak mengikut peraturan ketika memandu? Ataupun kerana keadaan jalanraya yang tidak baik? Sekiranya masalah-masalah itu yang menjadi penyebab, apakah jalan penyelesaiannya? Sudah hampir 8 tahun OPS Sikap diperkenalkan, tetapi jumlah kemalangan semakin bertambah. Mungkin juga kerana pertambahan bilangan kenderaan di jalanraya. Apa-apa pun yang paling penting adalah daripada sikap pemandu kita juga, sekiranya kita sentiasa berwaspada dan sentiasa mengikut peraturan InsyaAllah kemalangan dapat dikurangkan.
Jadi berhati-hatilah ketika berada di jalanraya, kerana malang tidak berbau dan sentiasalah ingat orang yang tersayang. Jangan jadikan kaki di bawah adalah kaki anda, menyesal tidak berguna kerana dah meninggal. Sekian pesanan dari JKJR...hehehe


Wednesday, September 16, 2009

.:: Aidilfitri 2007 ::.

Cari punya cari, jumpa jugak gambar hari raya yang aku ambil masa 2007 iaitu sebelum pemergian ayahndaku yang tersayang. Walaupun baru 2tahun masih lagi teringat kenangan lama, tapi itu semua ketentuanNya kita sebagai hamba perlu redha.
Gambar ini diambil bersama mak dan anak buah aku Adlan

Wednesday, September 9, 2009

.:: Kelebihan Al-Quran ::.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Monday, September 7, 2009

.:: Wang ::.


Wang… Wang … Wang. Kenapa orang perlu sangat wang? Perlu sangat ke wang ini? Berapa banyak wang yang kita perlukan dalam hidup ni? Kalau ada wang banyak, apa yg kita nak buat? Bermacam-macam persoalan bermain di fikiran aku sejak semalam. Tapi aku teringat kata-kata lecturer aku dulu “Money is not everything, but everything needs money”. wang ataupun kekayaan ini perlu sangat, tapi setakat mana ianya perlu? Islam juga menyuruh kita mencari harta, tetapi kena pastikan yg harta dicari itu datangnya dari sumber yang halal. “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Seringkali kita mendengar kata-kata ini, tapi sejauh mana ianya dilaksanakan? Kebanyakan orang sekarang ini tidak kira dah cara apa yg dilakukan asalkan matlamatnya dicapai, samaada cara itu betul atau tidak langsung tidak dihiraukannya.

Semalam juga aku dapat melihat di satu majlis, bagaimana manusia kini sangat mengimpikan kehidupan yang mewah. Dapat berbelanja dengan banyak adalah satu kepuasan bagi mereka, sehinggakan kalau “bershopping” seperti sudah tidak ada hari esok. Dapat menunjukkan kekayaannya kepada org, agar orang lain kagum dgn diri mereka. Mereka merasakan hidup di dunia ini dengan mempunyai wang yang banyak adalah satu kehebatan dan satu kenikmatan yang amat sangat. Memiliki kereta mewah, menginap di tempat2 ekslusif, membeli belah di tempat yang mewah dan mahal, semuanya itu adalah beberapa contoh yang telah ditunjukkan, agar org yang melihat

merasa semangat utk mengikut jejak mereka. Tidak dinafikan yang mungkin cara dan kaedah mereka untuk mendapatkan wang itu mudah dan sistematik, tapi adakah betul2 mereka membantu orang lain menjadi kaya? Tidak ada agenda yang tersembunyi? Mungkin keuntungan itu hanya dikalangan mereka-mereka yang berkepentingan sahaja. Orang yang di atas akan semakin kaya tanpa bnyak usaha, dan orang yang bawah hanya mendapat keuntungan biasa saja dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Adilkah semua ini?

Yang sedihnya, apabila mereka yang cuba untuk menambah duit poket ini terdiri daripada pelajar. Bagaimana dengan pelajaran mereka? Adakah mereka dapat membahagikan masa dengan sebaiknya? Apa-apapun merekalah yang perlu berfikir dan memilih masa depan mereka sendiri.

Marilah kita sama-sama menhayati kata2 ini yang dipetik dari tokoh2 pilihan seluruh dunia

“Alangkah sedikitnya orang yang dapat bergaul dengan wang, tanpa dipengaruhi dengan wang itu”

“Anda perlu melihat ke dalam hati, bukan di dalam poket seseorang itu untuk melihat nilai dirinya”

“Orang yang banyak wang biasanya tidak tahu siapa sebenarnya yang menjadi kawannya”

“Wang tidak dapat menolong mengangkat kepalanya” Umar Al-Khattab

Akhir sekali, saya nak simpulkan, wang adalah sangat penting di dalam kehidupan yang memerlukan segala-galanya wang ini. Tapi kita perlu juga pastikan yang wang kita perolehi itu adalah dari sumber yang halal dan berkat. Apabila kita berada di atas, janganlah kita lupakan mereka yang di bawah. Apabila kita kaya, janganlah kita lupa dengan mereka2 yang miskin. Kenikmatan yang Allah berikan ini hanyalah sementara. Bila2 masa saja Allah boleh mengambilnya dengan sekelip mata. Jadi kita seharusnya besyukur dengan kehidupan kita sekarang ini selagi mana kita tidak meminta2 kepada orang lain. Kepada pelajar2, ingatlah yang kita diberi amanah untuk belajar dan menuntut ilmu. Sangat salah sekiranya kita menghabiskan masa dengan membuat kerja lain sehinggakan melupakan kerja hakiki.

Mintak maaf sekiranya tulisan ini mengguris hati sesetengah pihak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...