Wednesday, February 24, 2010

.:: 5 Syarat Buat Maksiat ::.



Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

.:: Renungan ::.


Jika kamu memancing ikan….
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.
Janganlah sesekali kamu melepaskannya kembali ke dalam air begitu saja.
Karena ia akan sakit oleh karena ketajaman mata kail itu
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang.
Setelah ia mulai menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya.
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.
Karena dia akan terluka oleh kenangan bersamamu
dan mungkin tidak akan dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air, biarlah mendapat sedapatnya,
jangan terlalu mengharap pada kedalaman lengkungannya
dan janganlah menganggap wadah itu begitu kukuh.
cukuplah menadah sesuai keperluanmu.
Apabila wadah itu sekali retak.
tentu sukar bagi kamu untuk menampalnya kembali
menjadi seperti semula.
Akhirnya kamu akan membuangnya.
Sedangkan jika kamu mencoba memperbaikinya.
mungkin kamu masih dapat mempergunakannya lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,terimalah seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.
Anggaplah dia manusia biasa.
Jika tidak, apabila sekali dia melakukan kesilapan, tidak mudah bagi kamu untuk menerimanya.
akhirnya kamu akan kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya,
boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhir hayat.

Jika kamu telah memiliki sepiring nasi…
punyamu pastilah yang terbaik untuk dirimu.
Mengenyangkan dan berkhasiat…
Mengapa kamu lengah, mencoba mencari makanan yang lain.
Terlalu ingin mengejar kelezatan…
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Dan kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang kekasih.
kekasihmu itu pasti membawa kebaikan kepada dirimu
Menyayangimu dan mengasihimu. ..
Mengapa kamu berlengah, mencoba membandingkannya
dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan..
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Dan kamu juga yang akan menyesal…
Jadi…hargailah apa yang sudah kamu miliki….
Dan berbahagialah selamanya.

Monday, February 8, 2010

.:: InsyaAllah by Maher Zain ::.


La tahzan (Jangan bersedih), sangat sesuai untuk kaitkannya dengan lagu ini. Sebuah lagu dari Maher Zain yang mengingatkan kita sekiranya kita berada di dalam kesusahan atau gundah dulana, jangan bersedih kerana Allah sentiasa berada bersama kita. Mohon petolongan dengan Allah s.w.t. kerana senjata orang Muslim adalah dengan berdo'a. "Berdoa'lah kepadaKu (Allah) nescaya aku akan mustajabkan kepadamu"

http://www.mediafire.com/download.php?kmnilylxv0i

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way..

Sentiasa ingat, setiap apa yang berlaku itu adalah kerana tuhan ingin menguji kita samaada kita ini mampu untuk menanganinya ataupun tidak. Dan tuhan tidak akan menguji kita dengan perkara yang tidak mungkin kita dapat mengharunginya. Believe to Allah, and Do'a for Him...InsyaAllah

Thursday, February 4, 2010

.:: Maher Zain ::.


Lagu maher zain ni memang sedap didengar, bukan sahaja kerana suaranya yang merdu tetapi lirik lagunya yang menyentuh jiwa. Salah satu lagu yang paling menarik melodinya adalah lagu ni, barakallahu lakuma. Sebenarnya lagu ini mengisahkan tentang majlis perkahwinan dan do'a yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. apabila mengunjungi majlis tersebut.
Kepada sesiapa yang xtau lagi do'a tu, boleh download dari link di bawah ni dan ikuti lirik yang disertakan sekali ini.

http://www.4shared.com/file/214883049/11d0b7f9/baraka_allahu_lakuma.html

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

From now you'll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Renung-renungkan dan selamat beramal !!!

.:: Solat sunat Dhuha ::.


Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

Secara asas dan mudahnya solat sunat Dhuha ini boleh dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan oleh Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua.

Niat Solat Dhuha:
(Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala)

Di antara doa yang baik dibaca selepas solat Dhuha ialah :


Ya Allah,
Sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
Kecantikannya adalah kecantikanMu,
Keindahan itu keindahanMu,
Kekuatan itu kekuatanMu,
Kekuasaan itu kekuasaanMu,
Dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah,
Jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,
Dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah,
Jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba2Mu yang soleh..
Amin..

Jadi marilah kita sama-sama mengerjakan solat sunat ini, klu xboleh banyak, 2 rakaat pun dah memadai. Supaya rezki yang kita cari tiap2 hari itu akan diberkati dan akan sentiasa dimurahkan rezki lagi sesuai dengan doa di atas. InsyaAllah...

Renung-renungkan dan selamat beramal!!!
Anda buat, anda dapat!!!

Wednesday, February 3, 2010

.:: Pesona Dunia ::.

Lagu yang amat menarik daripada kump in-team. Pertama kali dengar memang menginsafkan kita. Buat semua pengunjung blog ini (bajet ramai ar baca ek) haha, insaf la kita semua, dunia ini hanya sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Sama2lah kita hayati lirik dan lagu ini.

Pesona Dunia

Indah dunia yang mempesona
Bagai dian terang menyala
Sehingga terlupa ?kan padam akhirnya
Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka
Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan ia kan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Tika jasad terkubur terkaku mati
Bayangkanlah jika di dunia ini
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi
Bersyukurlah sentiasa
Dengan apa yang ada
Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Menjadi bebanan dan menyusahkan

.:: TV series online ::.

Kali ini nak share sikit pasal beberapa website yang boleh kita tengok series TV secara online jer. Website tu adalah tvgorge.com. Kat dalam tu ada macam2 rancangan tv yang ditayangkan di US. Anda boleh tengok secara online. Kalau anda ada internet download manager (idm) lagi mudah, anda boleh terus download di situ. Kalau sesiapa yg xde lagi boleh download di sini.
Bukan tu saja, anda boleh juga mendownload dari laman web melayu jgak, videokl.com. Kt dalam ni banyak citer astro ar, dan bnyak jgak citer terkini hiburan tanah air...huhuhu xhabis2 hiburan jer ni..insaf222

Jadi selamat tengok cerita kegemaran anda, selamat mendownload dan selamat hari raya!!!haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...