Thursday, February 4, 2010

.:: Solat sunat Dhuha ::.


Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

Secara asas dan mudahnya solat sunat Dhuha ini boleh dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan oleh Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua.

Niat Solat Dhuha:
(Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala)

Di antara doa yang baik dibaca selepas solat Dhuha ialah :


Ya Allah,
Sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
Kecantikannya adalah kecantikanMu,
Keindahan itu keindahanMu,
Kekuatan itu kekuatanMu,
Kekuasaan itu kekuasaanMu,
Dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah,
Jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,
Dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah,
Jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba2Mu yang soleh..
Amin..

Jadi marilah kita sama-sama mengerjakan solat sunat ini, klu xboleh banyak, 2 rakaat pun dah memadai. Supaya rezki yang kita cari tiap2 hari itu akan diberkati dan akan sentiasa dimurahkan rezki lagi sesuai dengan doa di atas. InsyaAllah...

Renung-renungkan dan selamat beramal!!!
Anda buat, anda dapat!!!

4 comments:

Rosmazi said...

ah..kebetulan juga...
Dari Abu Dzar r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:”Setiap orang mempunyai sumber sedekah. Tiap-tiap tasbih, tahmid, tahlil dan takbir adalah sedekah. Amar makruf adalah sedekah, nahi mungkar adalah sedekah. Dan semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha.”

sebanyak2 amal kebajikan tu semua buleh dimultiply dengan mendirikan 2 rakaat dhuha, x sampai 10 minit pon...

zulkola said...

kalau xsempat nak pegi masjid, kat tepi rak buku pun boleh kan jee...hehe

An Nasrul said...

"Di dalam surga terdapat pintu yang bernama bab ad-dhuha (pintu dhuha) dan pada hari kiamat nanti ada orang yang memanggil,” Dimana orang yang senantiasa mengerjakan sholat dhuha ? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.” ( H.R. At-Tabrani).

zulkola said...

Ya betul tu nasrul, terima kasih kerana membanyakkan lagi comment2 yang berilmiah...semoga kita semua dicucuri rahmat olehNya...InsyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...