Thursday, March 18, 2010

.:: Research Updated ::.

Saja nak update balik progress report aku dulu yang dah lama xupdate2. Setelah memikirkan betapa susahnya untuk menganalisis tulang belakang aku dulu tu bersama2 dengan disc, jadi aku permudahkan lagi dengan hanya fikir analisis utk satu tulang saja. Jadi terpaksa la aku modelkan balik tulang belakang aku tuh, kelihatannya seperti di bawah ni.


Mungkin kelihatannya agak pelik tetapi inilah tulang belakang anda, tidak perlulah anda untuk menafikannya lagi terimalah kenyataan, hehehe Macammana pun, aku kena siapkan minggu ni jugak, sebelum minggu depan prof nak tengok, huhuhu. First stage dah selesai, nnti masalah timbul bila nak import ke dalam software ANSYS plak untuk analisis.
Bahagian ruang kosong di tengah2 tulang tu, terletaknya spinal cord ataupun saraf tunjang anda. Renung2kanlah ciptaan Allah ini, bagaimana saraf tunjang yang lembut dan amat penting ini di kelilingi oleh satu lapisan tulang yang keras untuk menjaganya daripada rosak atau cedera. Walaupun kita sentiasa bergerak dengan aktiviti harian sedikit pun tidak menganggu ia.
Ini hanya sebahagian sahaja, belum lagi dilihat bagaimana setiap tulang itu mempunyai fungsi yang tersendiri walaupun secara kasarnya kita lihat ia serupa dan sama. Sepatutnya kita haruslah bersyukur kerana semua tulang2 kita dapat berfungsi dengan baik dan kita dapat melakukan kerja2 harian tanpa ada masalah. Alhamdulillah.......!!!

Thursday, March 11, 2010

.:: Triond ::.


Anda minat menulis? Saya percaya ramai yang minat utk menulis kalau tak xkanlah anda ada blog anda sendiri. Tetapi alang-alang anda menulis bagaimana untuk menjana pendaptan daripada tulisan anda tersebut? Ya, anda ada triond utk membantu.

Triond ini adalah satu kaedah yang boleh digunakan untuk mendapat pendapatan hasil daripada menulis artikel dan video. Setiap kali orang view artikel anda, anda akan mendapat hasilnya. Mungkin tidak banyak, tetapi sekurang-kurangnya anda mendapat jugak wang daripada usaha anda tersebut.

Triond akan membayar dalam us dollar dan akan memindahkan wang tersebut ke dalam akaun paypal anda apabila cukup sekurang-kurangnya usd0.50 setiap bulan. Saya sudah mendapat untuk bulan ini, jadi saya percaya triond ini tidak menipu. Pastikan anda tidak menipu untuk artikel anda itu kerana triond akan mengesan sebarang ketidakaslian tulisan anda. Sekiranya tidak pun, mahukah anda mendapat wang hasil daripada tulisan orang lain?

Untuk artikel ini tidaklah susah kerana triond tidak mengehadkan berapa banyak patah perkataan di dalam sesebuah artikel. Ianya bergantung kepada anda untuk menulisnya. Sebelum saya lupa, artikel tersebut mestilah di dalam bahasa inggeris. Di dalam triond jgak ianya dapat digabungkan dengan google adsense iaitu satu lagi sistem pay per click system. Setiap kali pelayar internet klik link yang diberikan, terus anda akan mendapat bayaran tersebut dan akan dikongsi separuh bersama-sama triond.

Jadi tunggu apa lagi, pendaftaran adalah percuma, hanya klik link di bawah ini dan mula menulis apapun perkara yang anda minat. Jangan risau dengan grammar kerana orang mahu isi dan maklumat yang anda berikan bukannya melihat betul atau tidak susunan ayat anda. Sekiranya ada pertanyaan boleh shout saya dan kita boleh berkongsi ilmu ini.

http://www.triond.com/rw/293837

Sama-samalah kita menulis dan menjana pendapatan sampingan.

Friday, March 5, 2010

.:: Pokok Epal ::.


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih. Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Siapakah Pokok Epal tersebut? Jawapannya adalah kedua ibu bapa kita. Ketika kita muda, kita suka bermain-main dengan mereka kemudian apabila meningkat remaja kita memerlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup dan meninggalkan mereka. Kita akan kembali lagi datang meminta pertolongan mereka apabila berada di dalam kesusahan, namun mereka tetap membantu kita asalkan kita bahagia dan gembira. Mungkin budak lelaki tersebut bersikap sangat kejam terhadap pokok epal itu tetapi itulah hakikat kehidupan kita sekarang sebenarnya, bagaimana anak-anak melayan ibu bapa mereka.

Hargailah ibu bapa anda !!! Sayangi mereka !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...