Tuesday, June 22, 2010

.:: Rejab ::.


Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan dan dimuliakan. Masyarakat jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab adalah kerana mereka memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan peperangan di dalamnya. Dan Rasulullah mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di Bulan Rejab ini. Di dalam bulan ini jugalah satu peristiwa besar berlaku kepada Rasulullah S.A.W. iaitu Isra' dan Mikraj.

Banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam bulan Rejab ini, antaranya adalah Hijrah yang pertama ke Habsyah apabila pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah dan para sahabat, oleh itu Rasulullah memerintahkan berhijrah ke Habsyah kerana rajanya bersifat toleransi dan terbuka. Selain daripada itu, Isra' dan Mikraj, Perang Tabuk, Pembebasan baitul Maqdis, dan Lahirnya Imam Syafie RH. Peristiwa-peristiwa ini haruslah kita ingat dan ketahui untuk meningkatkan iman kita seterusnya bagaimana susah payah para sahabat, tabi'in dan tabiq tabiin dahulu untuk menyebarkan Islam sehinggalah kita anutinya sekarang. 

Untuk lebih makluman tentang bulan Rejab, boleh cari di enjin carian seperti Google, Yahoo, dan lain-lain lagi. Kalau rasa malas sangat, klik saja dari sumber di atas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...