"Hidup ini sekiranya tidak kita lakukan kebaikan kepada orang lain terasa bagaikan ada kekurangan, walaupun kita dilimpahi dengan harta kekayaan yang banyak, kerja yang besar, rumah yang besar dan sebagainya, tetap terasa kekurangannya. Jadilah seorang manusia yang dapat memberi kebaikan kepada orang lain, jadilah tangan yang "di atas", yang sentiasa memberi dengan ikhlas. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila matinya anak adam, putuslah (tulisan pahala amalannya) kecuali 3 perkara 1) Amal jariah, 2) Ilmu yang bermanfaat 3) doa anak yang soleh.
Tanya balik kepada diri kita, sudahkah kita bersedia untuk mati? Sudahkah kita rasa amalan kita sudah cukup untuk menjawab semua soalan dari munkar dan nakir? Bersediakah kita? Teringat masa zaman persekolahan apabila tibanya musim peperiksaan, bermacam2 kaedah kita lakukan untuk cuba menghadapi peperiksaan. Ada yang rebus dan makan nota, ada yang mengambil air dari ustaz nak bagi mudah jawab soalan, dan pelbagai lagi cara dan kaedahnya. Begitu takutnya kita nak menghadapi peperiksaan yang hanya sekejap. Kalau kita tidak dapat menjawabnya, adakah kita akan mati? adakah kita akan dihukum? jawapannya TIDAK.
Tetapi kenapa pula persediaan untuk menghadapi mati tidak kita lakukan? sedangkan soalan yang akan ditanya di alam kubur kita dah tahu? Soalan yang akan ditanya oleh malaikat munkar dan nakir adalah seperti peperiksaan kita di dunia, tetapi ianya lebih berat kerana sekiranya tidak dapat menjawabnya kita akan dihukum. Yang manakah kita lebih takut? Fikir-fikirkan..."
No comments:
Post a Comment