Wednesday, November 19, 2008

Hidup Bernegara

Sudah lama saya tidak update blog ini. Kali ini saya ingin ambil petikan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Badlisyah Alauddin semasa forum Halaqah (2/11/2008). Beliau mengupas tentang tanggungjawab atau peranan seseorang kepada sesebuah Negara yang didudukinya. Beliau ada menyebut satu hadis “orang Islam/ orang mukmin seperti Lebah”. Apa sifat Lebah?
1. Dimana tempat pokok yang dia tumpang, ranting tidak akan patah maksudnya Orang mukmin itu hendaklah bersifat, dimana ‘Bumi dipijak Di situ Langit Dijunjung’. Dia hendak hormat dimana tempat dia tinggal itu.
2. Sekiranya dia meninggalkan pokok dia akan meninggalkan madu. Maksudnya Orang Islam akan meninggalkan sesuatu yang baik apabila dia meninggalkan tempat itu nanti.
3. Tidak akan makan dari buah tempat dia menumpang, bahkan dia makan dari sari pati bunga. Maksudnya Orang Islam dalam bernegara tidak akan mengambil kesempatan dari kesempitan tetapi bersama-sama membantu dalam membangunkan Negara.
4. Dia akan mempertahankan tempat pokok dia menumpang itu. Sekiranya ada orang ingin menganggu pokok tersebut. Insya Allah dia akan mengejar kemana saja orang itu lari.
Jadi marilah kita bersama-sama menjaga kedaulatan dan keharmonian Negara kita daripada anasir-anasir luar yang ingin merosakkannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...