Wednesday, November 19, 2008

Pengurusan kewangan

Kali ini kita belajar sikit berkenaan dengan kewangan. How to manage your expenses every month. Kita mesti membelanjakan pendapatan kita secara bijak, kerana berapa banyak orang sekarang tetap miskin walaupun mempunyai pendapatan berpuluh-puluh ribu. Tiap-tiap bulan masih lagi berhutang walaupun setelah di tolak semua gaji yang ada. Tetapi ada juga orang yang berpendapatan rendah tetapi hidupnya tenang tanpa menanggung hutang. Sebab itulah ada pepatah “Ukur baju di badan sendiri” bukan ukur badan orang lain. Berbelanja mengikut kemampuan sendiri. Sekiranya pendapatan hanya RM1000, maka belanjalah mengikut pendapatan kita. Yang menjadi masalah sekarang ini, apabila dia sedar yang dia bergaji kecil tapi belanjanya mengalahkan orang yang gaji berpuluh-puluh ribu. Ada yang cakap “Biar Papa asalkan Bergaya” tetapi gaya tidak menjamin kita menjadi kaya. Oleh itu saya tertarik untuk menerangkan bagaimana untuk menguruskan pendapatan bulanan. Walaupun saya bukan dari bidang kewangan, tetapi hanya untuk memberi tip-tip yang berguna :-
Perbelanjaan kita bulanan perlulah dibahagikan kepada 3 perkara:-
a. Wang Masuk
b. Wang Tabungan
c. Wang Keluar
Wang Masuk
Wang masuk ini merangkumi :-
1. Gaji Pendapatan bulanan
2. Kerja Lebih Masa
3. Kerja Sambilan
4. Sewaan Rumah
5. Lain-lain
Wang Tabungan
Wang tabungan pula terdiri daripada 5 perkara :-
1. Simpanan tabung Haji / Bank
2. Caruman Takaful Diri/Pasangan/Anak-anak
3. Tambahan amanah Saham
4. Tambahan Ahli Koperasi
5. Lain-lain
Wang Keluar
Wang keluar pula termasuk:-
1. Bayaran sewaan Rumah
2. Bayaran ansuran rumah
3. Bayaran Ansuran kereta/motor
4. Bayaran Ansuran Peribadi / Kad Kredit
5. Perbelanjaan Mengaji Al-Quran Anak-anak
6. Perbelanjaan Sekolah / Tuisyen Anak-anak
7. Perbelanjaan dapur
8. Bil Letrik & Air
9. Bil Telefon
10. Ehsan Ibu bapa
11. Kos Rawatan / Perubatan
12. Zakat pendapatan / Perniagaan
13. Perbelanjaan petrol dan Tol
14. Penyelenggaraan servis kenderaan
15. Penyelenggaraan Rumah / Kediaman
16. Tabung Kecemasan
17. Lain-lain
Itu semua adalah perkara-perkara yang perlu ada untuk memastikan pendapatan kita digunakan secara bijak. Tetapi boleh juga kita membahagikan secara lebih umum, secara peratusan dari gaji bulanan.
Simpanan 6%, Takaful 4%, Pelaburan-Unit Trust 10%, EPF-Self 11%, Ibu 5%, Bapa 5%, Motosikal/Kereta 20%, Makanan dan Pakaian 20%, Petrol 10%, Bil telefon 4%, Lain-lain 5%. Ini hanya cadangan untuk pembahagian gaji anda, tetapi ianya bergantung kepada anda juga. Setiap orang mempunyai pembahagian yang berbeza, contoh peratusan ini hanya untuk mereka yang bujang dan tidak mempunyai tanggungjawab-tanggungjawab lain.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...