Allah telah memberi kita masa yang cukup banyak iaitu 24 jam sehari, tetapi kenapa kadang2 kita sering merasakan yang masa itu tidak cukup dan kadang2 masa itu tersangat panjang dan sangat lapang. Ini menjadi persoalan kepada kita semua. Masa ini sangat penting sehinggakan ada pepatah yang mengatakan "Masa itu Emas" menggambarkan betapa berharganya masa tetapi manusia selalu melalaikannya juga. Kenapa ini berlaku?
Allah juga telah bersumpah dalam surah Al-'Asr, "Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar". Siapakah orang yang beriman? Mereka yang berpesan2 dengan kebenaran dan dengan sabar. Kebenaran apa? Kebenaran dari Al-Quran, apa yang disuruhNya dan apa yang dilarangNya. Kenapa perlu bersabar pula? kerana bukan semua kebenaran yang disampaikan itu mendapat respon yang baik, malah tindakan yang kurang baik juga seringkali dihadapi oleh mereka, tetapi mereka tetap sabar kerana percaya yang golongan ini belum diberikan hidayah oleh Allah.
"Setiap yang hidup akan merasai mati". Sedarkah kita, ketika kita akan menghembuskan nafas yang terakhir di kala Izrail akan menarik roh kita di atas arahan Allah, masa, dirasakan sangat penting bagi kita. Pada masa itu, satu jam, satu minit, satu saat, malah setengah saat pun kita tidak akan mendapat lagi dari Allah untuk melakukan kebaikan. Sungguh bahagianya bagi orang yang dapat melafazkan "Lailahaillallah" ketika ajalnya datang, semoga kita semua dapat mengucapkannya InsyaAllah. Kita tidak tahu bagaimana kematian kita nanti, adakah semasa solat, adakah semasa berzikir, adakah semasa di dalam tandas, adakah semasa sedang memandu kereta dan sebagainya. Kita memohon kepada Allah agar mematikan kita dalam keadaan yang baik sebagaimana doa yang dituntut kita membacanya "Ya, Allah matikan aku dengan sebaik-baik kematian, dan janganlah matikan aku dengan kematian yang buruk".
Oleh itu, masa yang Allah beri ketika ini haruslah digunakan dengan sebaik2nya kerana ia tidak akan kembali lagi. Setiap saat yang berlalu, bukan menambahkan lagi umur kita tetapi mengurangkan lagi masa hidup kita di dunia ini. Sama2lah kita memanfaatkan masa, semoga kita tergolong dikalangan orang yang beriman. Aminnnnn
No comments:
Post a Comment