Thursday, January 21, 2010

.:: Aurat Lelaki ::.

Kita sering membicarakan aurat bagi wanita sahaja, kita marahkan perempuan xpakai tudung, perempuan yang mendedahkan tubuh badan padahal kita sendiri melakukannya juga tapi kita tidak menyedarinya. Ada pepatah mengatakan "Kuman diseberang laut nampak, Gajah di depan mata xnampak". Kita hanya nampak kesalahan dan kekurangan orang lain sedangkan kita melakukan perkara yang sama tetapi tidak menyedarinya. Saya ada terjumpa beberapa tulisan yang menceritakan tentang aurat lelaki ini, ramai di antara kita masih tidak tahu atau buat-buat tak tahu, itu terserah kepada individu itu sendiri.

Salah satu tulisan itu klik di sini. Kita hanya menjaga aurat kita apabila berada di luar rumah tetapi bagaimana pula kalau berada di rumah? Di kalangan kawan-kawan lelaki di rumah? Pelbagai persoalan yang kita masih lagi tidak tahu sebenarnya. Saya memetik satu hadis di dalam tulisan ini
Amru bin Shuib meriwayatkan daripada bapanya daripada datuknya bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: apabila salah seorang di antara kamu mengahwinikan hamba wanitanya dengan hamba lelakinya ataupun orang upahannya maka dia (iaitu hamba wanitanya) dilarang sama sekali melihat auratnya kerana apa sahaja (bahagian anggota) yang terletak di bawah pusatnya hingga kepada dua lututnya adalah auratnya.
Sebuah hadis riwayat Jurhud al-Aslami, beliau berkata bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w. telah duduk bersama-sama kami, pada saat itu paha saya terdedah, lalu baginda bertanya saya: Apakah tidak kamu tahu bahawa paha itu aurat?

Artikel lain pula adalah daripada Ustaz Ahmad Baei Jaafar, klik di sini. Ramai orang meremehkan hal berkaitan aurat ini ketika bersukan, sedangkan aurat itu perlu dijaga tidak kira masa dan tempat. Kita sebenarnya tertipu dengan Barat apabila kita sering ikut apa jenis pakaian yang mereka pakai ketika bersukan tanpa banyak membantah.

Kesimpulannya di sini, aurat lelaki adalah di antara atas pusat sehinggalah ke lutut. Tidak kiralah kita berada di dalam atau di luar rumah. Tidak kiralah siang ataupun malam. Janganlah kita hanya memarahi wanita2 di luar sana yang memakai tudung tapi menampakkan bentuk badan sedangkan kita memakai baju dengan seluar pendek menampakkan lutut. Saya berpesan kepada diri saya dan saudara2 sekalian di luar sana, marilah kita menutup aurat kita dan janganlah hanya menuding jari ke arah orang lain saja. Perbetulkan diri kita dahulu...

Sama2 lah kita berhijrah kepada yang lebih baik, Renung2 kan dan selamat beramal !!!!!

1 comment:

Lavender Fariy said...

Salute Zul...for the best2 artikel...post byk2 lg tau...thanks..~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...