Sabda nabi kepada abu darda' - Kamu kena menjadi orang yang tahu (mengajar) dan orang yang ingin belajar.
Hadis di atas menerangkan tentang betapa pentingnya seseorang itu untuk menjadi seorang yang berpengetahuan (pengajar) dan orang yang ingin tahu (pelajar).
Pengajar - Apabila kita mengetahui sesuatu ilmu maka hendaklah kita menyebarkan ilmu tersebut tanpa sembunyikannya, kerana nabi ada bersabda "Sebarkanlah ilmu walaupun satu ayat". "Ilmu tanpa amal, seperti pokok tanpa buah". Sedikit ilmu bermanfaat yang diberikan, jika diamalkan oleh orang ramai maka kita akan beroleh pahala seperti kita sendiri yang melakukan amalan tersebut.
Pelajar - "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China" "Tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad" "Menuntut ilmu itu fardhu kepada setiap muslim". Pelbagai hadis yang kita dengar berkaitan dengan menuntut ilmu ini, kerana wahyu yang pertama juga menyuruh kita supaya membaca. Maka tidak dapat tidak sebagai seorang muslim mesti menuntut ilmu untuk bekalan dunia dan akhirat. Saya tidak ingin mengulas banyak berkenaan hadis-hadis tersebut tetapi hanya ingin menekankan beberapa tips-tips yang diberikan oleh Imam Ghazali sahaja.
Antara tips untuk menjadi pelajar yang soleh adalah:-
1) Hati kena bersih daripada sifat mazmumah.
2) Tumpukan perhatian kepada ilmu yang diajar.
3) Pelajar yang ingin belajar di depan guru mestilah seperti seorang pesakit ingin berjumpa dengan doktor.
4) Kita mesti belajar dengan benda yang kita suka dan minat dan hormat guru.
5) Mesti belajar sedikit demi sedikit dan tidak boleh shortcut.
Tips-tips ini sangat penting untuk menjadi seorang pelajar yang soleh dan solehah. Izinkan saya mengupas tips yang ke-5 tadi.
Kita pernah dengar "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Sama juga dalam kita menuntut ilmu pengetahuan. Sebab itu samaada di sekolah atau di mana-mana sahaja tempat pembelajaran, perkara ini sangatlah penting dalam proses pembelajaran yang sempurna. Otak kita sebenarnya tidak dapat menerima semua ilmu sekaligus dalam satu jangkamasa yang singkat. Ini sudah terbukti dengan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh saintis-saintis masakini. Mereka mengatakan bahawa, otak manusia tidak dapat menerima sesuatu ilmu itu secara berterusan tanpa henti. Ia memerlukan sedikit rehat untuk memastikan setiap ilmu yang di ajar itu tidak hilang begitu sahaja. Perlu diingat, otak manusia bukannya komputer!!!
Ulama' ada menyebut, sekiranya ingin belajar mestilah sedikit demi sedikit.Contohnya seperti satu titi yang panjang. Oleh itu kita mesti menyeberang dengan berjalan selangkah demi selangkah sehingalah sampai ke seberang sana. Sekiranya kita ingin shortcut dengan berlari atau lompat kita mungkin akan jatuh. Samalah juga dengan menuntut ilmu. There is no shortcut in learning. Sekiranya kita melompat atau berlari, kita mungkin akan tertinggal sesuatu yang penting nanti. Jadi, kepada pelajar-pelajar yang ingin berjaya, belajarlah dengan disiplin sedikit demi sedikit dan jangan ponteng kelas anda!!!
No comments:
Post a Comment