Pepatah ini sering kali kita dengar dalam kehidupan seharian, tetapi tahukah anda bahawa yang setiap pepatah orang tua ini ada betulnya. Mereka sudah menghadapi hidup ini lebih lama dari kita dan banyak pengalaman yang begitu berharga dapat kita ambil sekiranya kita perhalusi setiap ayat tersebut. Ada banyak contoh yang dapat kita ambil dari pepatah tersebut:-
1) Kolonel Sanders -Beliau adalah orang yang mencipta resipi ayam goreng Kentucky Fried Chicken. Beliau bersara pada usia 65 tahun. Semasa menerima duit pencen pertamanya, Kolonel Sanders berasa kecewa dan tidak berpuas hati. Namun beliau tidak menyalahkan orang lain kecuali dirinya berkenaan jumlah kecil yang diperolehinya itu. Beliau memutuskan hendak mencadangkan resipi ayam goreng milik keluarganya kepda sebuah restoran. Tetapi malang, resipinya itu ditolak mentah-mentah. Beliau tidak berputus asa. Baginya, dia tidak gagal, Cuma belum berjaya. Dia mencuba sehingga orang ke-1000 pun masih menolak resipi kebanggannya itu. Namun dia tidak berasa gagal, dia masih yakin dengan kejayannya, cuma kejayaan itu belum tiba lagi. Akhirnya, dia bertemu dengan orang ke-1009 dan dia pun berkata, “Hmm…resipi ini sungguh bagus!” Sembilan tahun kemudian, selepas perniagaannya maju, Kolonel Sanders menjual perniagaannya dengan harga US$2,000,000.00. Kini, rangkaian restoran KFC ada di merata-rata dunia. Sekiranya Kolonel Sanders berputus asa ketika orang yang ke-1000 adakah beliau akan berjaya membina empayar perniagaannya? Sudah tentu tidak!!!
2) Thomas Alva Edison – Beliau pernah berkata, “Ilham orang yang genius hanya menyumbangkan 1% kepada kejayaan, manakala 99% lagi adalah usaha yang gigih”. Beliau membuktikan dengan bekerja selama 18jam sehari. Beliau juga mengambil masa selama 10 tahun untuk menghasilkan bateri nikel-besi-kadmium. Daripada 17,000 jenis tumbuhan yang dikajinya, hanya satu sahaja yang berjaya dikeluarkan lateksnya. Beliau juga berjaya mencipta lampu selepas gagal lebih daripada 10,000 kali. Akhirnya beliau membuktikan kejayaannya apabila berjaya mempatenkan sebanyak 1093 jenis rekaan, walaupun hanya menghadiri sekolah selama enam bulan sahaja.
3) Nelson Mandela – Beliau menjadi Presiden Afrika Selatan selepas dipenjarakan hampir suku abad.
4)Boon Siew - walaupun tidak tahu membaca dan menulis mamapu menjadi seorang jutawan dan memberikan peluang pekerjaan kepada hampir ribuan pekerja hanya kerana kegigihannya.
Sebenarnya ada banyak contoh lagi yang dapat kita ambil tetapi saya hanya bawa beberapa contoh ini sahaja untuk tatapan kita. Yang dapat disimpulkan di sini adalah, sekiranya kita belum usaha untuk berjaya jangan sekali-kali kita mengatakan kita akan gagal ataupun kalah. Samalah seperti contoh-contoh yang telah saya terangkan di atas, mereka semua telah berusaha dengan gigih dan cekal untuk berjaya walaupun merasa begitu banyak kegagalan.
Tanyalah diri anda, adakah anda sudah gagal?Jawapnnya TIDAK, sebenarnya cuma anda belum berjaya sahaja. Jadi, bermula dari hari ini marilah sama-sama kita berusaha untuk mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup ini dan jangan berhenti.
Ingat! "Orang yang berhenti tidak akan menang, orang menang tidak akan berhenti"!!!!!!!
No comments:
Post a Comment