Nabi bersabda "Orang kaya yang sombong aku benci, tapi orang miskin yang sombong lagi aku benci".
Sekiranya orang kaya yang sombong disebabkan hartanya yang banyak dibenci oleh nabi tetapi orang miskin yang tiada apa-apa harta tetapi masih lagi sombong terlebih benci lagi nabi kepadanya. Kesimpulannya, sombong ini tidak baik untuk seorang hamba yang kerdil lagi hina disisi Penciptanya tidak kira samaada kaya ataupun tidak kerana harta ini hanyalah hiasan dunia.
Sabda Nabi "Bermulanya kebinasaan seorang lelaki itu adalah pada isterinya, pada hartanya, pada anaknya dan pada jirannya"
Yang dikatakan kebinasaan pada hartanya adalah apabila seorang lelaki yang selalu menghabiskan masa dengan hartanya. Tidak kira siang malam asyik fikir bagaimana nak banyakkan hartanya dan bagaimana nak kurangkan belanjanya agar hartanya sentiasa bertambah. Dia menghabiskan masanya dengan harta sehinggakan amalan yang wajib ke atasnya ditinggalkan kerana takut harta akan berkurang. Tidak mahu pergi menunaikan fardhu haji sedangkan sudah layak dan mampu untuk melakukannya kerana kos pergi sangat tinggi. Halal dan haram sudah tiada lagi dalam hidupnya asalkan hartanya berganda dan banyak.
Imam Ghazali "Diantara sebab yang dikatakan harta itu merosakkan kita adalah apabila disebabkan harta itu kita menghabiskan masa dengannya"
Nabi Allah Isa "Pada harta itu terdapat 3 kebinasaan, 1)Apabila harta yang dicari itu dari jalan yang haram 2)Apabila harta itu dicari dari jalan halal tapi dibelanjakan pada jalan yang haram 3)Apabila harta itu dicari dari jalan halal dan dibelanjakan pada jalan halal tapi kita banyak menghabiskan masa dengannya."
Jadi bagaimana untuk mengelakkan diri dengan kebinasaan harta ini, adalah dengan sentiasa mengingati Allah dan takutkan azab Allah s.w.t.
Apa yang dapat saya simpulkan di sini adalah :-
1) Jangan kita menjadi hamba yang sombong di dunia ini tidak kira kita ini kaya atau miskin.
2) Jangan menghabiskan masa dengan harta di dunia ini.
3) Carilah harta dengan cara yang halal dan belanjakan juga dengan cara yang halal.
4) Sentisa ingatkan Allah dan takutkanNya
No comments:
Post a Comment