Pagi tadi saya ada mendengar sedikit slot tentang pengurusan kewangan di MHI. Ianya diberikan oleh penulis blog dan buku tentang kewangan iaitu En. Shamsuddin kadir. Beliau ada menyebut berkenaan dengan kelayakan dan kemampuan. Kelayakan dan kemampuan adalah dua perkara yang berbeza samaada dari segi ejaan dan maksudnya. Sekiranya dari konteks kewangan sebagai contoh kita hendak membuat pinjaman dari bank. Kelayakan adalah berapa banyak Bank boleh meluluskan pinjaman kepada kita. Kemampuan pulak adalah berapa banyak banyak pinjaman yang mampu kita bayar tanpa merasa bebanan di kemudian hari.
Contoh Pembelian kereta :-
* Bank akan memberi pinjaman kepada kita mengikut kelayakan kita, tetapi bukan mengikut kemampuan kita. Pihak bank telah meluluskan pinjaman kita sebanyak RM50000.00 selama 9 tahun tempohnya.
* Menurut En Shamsuddin, ukuran kemampuan kita adalah pinjaman yang kita ambil untuk 4 tahun, sekiranya lebih daripada 4 tahun ianya adalah melebihi kemampuan kita sebenarnya.
* Jadi oleh itu, sekiranya RM50000 kita bayar bulanan sebanyak RM600. Memang kita mampu kan. Tetapi lihat pulak keadaan sekiranya pinjaman yang sama tetapi untuk 4 tahun, berapa kita patut bayar?Sudah tentu RM1000++. Di situlah kemampuan kita sebenarnya, mampukah kita membayar setiap bulan RM1000++? Tanya diri anda sendiri.
Manusia memang suka meminjam sebenarnya, atau kata lain suka berhutang. Pemikiran kebanyakan orang sekarang adalah separuh fikirannya berfikir bagaimana nak hutang, dan separuh lagi fikir bagaimana untuk tidak bayar hutang.
Jadi di sini saya sertakan beberapa tip-tip untuk mengawal perbelanjaan kita supaya tidak dibebani dengan hutang.
1. Jangan bawa kad kredit semasa hendak pegi membeli-belah.
2. Beli barang yang perlu sahaja ( sangat-sangat perlu sahaja ).
3. Senaraikan dahulu barang-barang yang hendak dibeli sebelum keluar membeli-belah. Ingat! Senaraikan semasa di rumah bukan semasa di depan pasaraya.
4. Kawal nafsu membeli anda. Sekiranya barang itu tidak membawa mudharat jika tidak membelinya, maka lebih baik tangguhkan dahulu. Contoh, doktor melarang kita makan di atas lantai kerana akan menjejaskan kesihatan kita jadi dia suruh kita membeli meja makan.
2 comments:
kalu xpinjam kan bagus..hehehe
hg buat bisnes ke jd kaunselor kewangan?
uit..hg jadi lectrr ke kaunselor ni?
Post a Comment