Thursday, March 12, 2009

7 Petua Mudah Ingat Apa Yang Dipelajari (OSMAN AFFAN)

1. Petua pertama ialah tumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang anda mahu anda ingat. Walaupun banyak perkara yang berlaku, minda anda hanya boleh fokuskan kepada satu perkara sahaja pada satu masa.

2. Petua kedua, dengan menukarkan maklumat kepada gambar, anda lebih mudah ingat berbanding dengan hanya mendengarnya sahaja.

Ada satu sebab utama mengapa anda perlu lakukan ini. untuk pengetahuan anda,

* kelajuan manusia bercakap adalah antara 150 - 200 patah perkataan seminit
* kelajuan manusia berfikir adalah antara 300 - 500 patah perkataan seminit.

3. Petua ketiga untuk mudah mengingati sesuatu ialah anda perlu ulang dan latih semula apa yang anda ingin ingat. Kajian mengatakan bahawa selepas 48 jam, anda akan lupa lebih daripada 90% apa yang telah anda pelajari.

4. Petua keempat untuk mudah ingat sesuatu yang dipelajari ialah dengan menjaga masa tidur anda. Untuk pengetahuan anda, minda anda lebih mudah ingat sesuatu jika ia berada dalam keadaan cergas dan segar. Sebab itulah anda selalu dengar petua untuk menghafal sesuatu di waktu pagi .

5. Petua kelima untuk mudah ingat apa yang anda pelajari ialah anda perlu mempraktikkan apa yang anda pelajari dengan serta merta.

Contohnya, jika anda baru sahaja belajar satu topik baru dalam subjek matematik, anda perlu segera cuba menyelesaikan masalah atau latihan matematik dalam subjek tersebut. Mengapa?Kebanyakan pelajar suka menunggu masa yang sesuai untuk mencuba perkara yang baru dipelajari. Jika satu topik baru diajar pada hari Isnin dan kerja rumah diberikan, pelajar akan berlengah-lengah dalam melaksanakan kerja tersebut.

6. Petua keenam untuk mudah ingat apa yang anda pelajari ialah mudah iaitu, tulis.Dengan mencatat atau menulis apa yang baru kita pelajari, kita boleh merujuk kepadanya pada bila-bila masa sahaja. Kedua, apabila anda menulis apa yang anda pelajari, fikiran anda akan fokus kepada apa yang anda tuliskan itu. Jadi, anda tidak akan leka.

7. Petua terakhir buat untuk mudah ingat apa yang dipelajari ialah mengaitkan sesuatu yang dipelajari itu kepada sesuatu yang sedia ada diketahui. Apabila anda belajar sesuatu yang baru, anda akan lebih mudah ingat jika anda kaitkan pelajaran baru itu kepada sesuatu yang anda sudah tahu. Ini bermaksud, anda perlu memberikan makna atau maksud kepada apa yang anda pelajari.

Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...