Thursday, March 12, 2009

.::Fikir-fikirlah 1::.

Allah jadikan dunia kita ini sangat indah dan menarik, untuk hamba2nya berfikir dan menikmatinya. Tetapi adakah kita berfikir, kenapa allah jadikan dunia kita ini ada graviti? Apa akan berlaku sekiranya dunia ini tiada gravity? Semua manusia akan terapung2. Susah untuk melakukan kerja2 harian, susah nak makan, susah nak minum, susah nak mandi, susah nak bergerak dan sebagainya. Bayangkan orang akan makan tanpa suap menggunakan tangan, orang bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain hanya dengan terbang (ramai Superman akan wujud), bagaimana nak mandi? (barulah peribahasa mandi xbasah boleh digunakan). Jadi di sini banyak masalah akan timbul sekiranya gravity ini tidak Allah jadikan. Apa itu graviti? Graviti adalah satu fenomena semulajadi yang memberikan sesuatu objek itu mempunyai berat. Dalam kehidupan harian kita, tarikan graviti ialah kesan relatif daripada jasad yang besar seperti Bumi dan Bulan. Mengikut Hukum Graviti Newton, F=GM1M2/R2. F ataupun daya gravity akan terhasil disebabkan tarikan antara dua jisim, M1 dan M2. G adalah pemalar universal untuk gravity dan R adalah jarak antara kedua-dua jisim tersebut di ukur dari pusatnya. Perlu diingat yang pemalar universal berbeza mengikut planet, contohnya G(bumi) tidak sama dengan G(bulan) dan mana2 planet yang lain. Oleh sebab itu berat objek di puncak bukit tidak sama dengan berat objek di kaki bukit. Kenapa?

Ini adalah kerana jarak antara jasad (R) daripada rumus di atas telah bertambah. Jadi berat objek di puncak gunung lebih ringan daripada di kaki gunung. Lebih jauh jarak antara objek dengan pusat bumi, maka berat objek pun akan berkurang atau kata lain tiada gravity. Di sini saya hanya ingin kaitkan bagaimana makhluk yang Allah jadikan itu (gravity) mempunyai fungsi2 yang tersendiri. Tidak tuhan jadikan sesuatu itu tanpa fungsi dan sia-sia. “Dan tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaku”

Jadi marilah sama-sama kita berfikir mengenai kekuasaan Allah, tuhan jadikan otak dan akal untuk kita berfikir tetapi kenapa ramai manusia sekarang melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir? Walaupun ramai orang yang membaca tetapi sedikit saja yang berfikir? Janganlah kita bercakap tanpa berfikir. Akal yang ada perlu digunakan untuk berfikir hal2 yang dapat menambahkan ilmu, dapat mendekatkan diri dengan Pencipta dan dapat membantu manusia lain ke jalan Allah. Bergosip, fitnah-menfitnah, kutuk mengutuk dan sebagainya adalah perkara2 yang menjerumuskan seseorang ke lembah dosa. Banyak perkara lagi yang boleh kita fikirkan daripada hanya berfikir bagaimana untuk menjatuhkan seseorang, bagaimana untuk menfitnah dan mengutuk orang lain. Semua ini bukan saja tidak berfaedah malah akan menambahkan dosa yang sedia ada. Mereka yang mempunyai sifat2 sebegini tidak termasuk dalam ciri-ciri mukmin yang telah dinyatakan oleh Allah di dalam Surah Al-mukminun.

1 comment:

sha_h said...

ni ayat hg sendiri ke ada amik mana2 en.zul?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...