Masa saya tengah buat2 nota tadi pasal friction, terpikir plak nak tulis pasal friction ni. Agak menarik jugak tajuk ni kalau nak huraikan. Sebelum tu, kena tau dulu apa tu friction/geseran. Geseran adalah daya yang melawan daya gerakan sesuatu objek yang berlaku pada permukaan yang bersentuhan (betul ke ni?). Apakah yang menyebabkan berlakunya geseran ini? Adakah daya geseran sama untuk semua permukaan? Jawapanya, Tidak. Daya geseran tidak sama untuk permukaan yang berbeza, ianya bergantung kepada pekali geseran yang wujud antara 2 permukaan tersebut. Pekali geseran untuk permukaan yang licin lebih rendah berbanding dengan permukaan yang kasar.
Contohnya ketika hendak memberhentikan kereta, kita akan menekan pedal brek dan brek pad yang kasar akan bergeser dengan brek disk lalu memperlahankan kelajuan tayar kereta seterusnya kereta akan berhenti. Bagaimana pula kalau kita letakkan minyak pada brek disk? Kereta tetap akan berhenti tetapi memerlukan masa yang lebih lama berbanding tanpa ada minyak. Kenapa? Kerana pekali geseran pada brek disk tanpa minyak lebih tinggi daripada yang ada minyak.
Sebagai contoh yang lain, kereta akan tergelincir sekiranya brek dengan mengejut di atas jalan yang berair. Situasi ini tidak akan berlaku sekiranya jalan raya berada dalam keadaan kering. Ini kerana pekali geseran antara tayar dan jalan adalah tinggi pada keadaan kering dan panas berbanding ketika berair dan hujan. Oleh sebab itu, kita dapat lihat pengguna jalanraya akan memperlahankan kenderaan mereka ketika hujan. Ini untuk mengelakkan kita brek kenderaan dengan mengejut, seterusnya mengelakkan kemalangan.
Kenapa tuhan jadikan fenomena geseran ini? Apa yang akan berlaku sekiranya di dunia ini tiada geseran? Bagaimana manusia ingin memberhentikan kenderaan? Pasti jumlah kemalangan di dunia ini akan bertambah dan manusia pun akan takut untuk menaiki kenderaan. Sama2 kita fikirkan…
Satu lagi konsep geseran ini adalah dari konteks tenaga. Seperti yang kita tahu, tenaga tidak dapat dicipta atau dimusnahkan, tetapi boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Contohnya geseran kita tadi, kereta yang bergerak mempunyai tenaga kinetic yang tinggi dan apabila kita brek kenderaan akan perlahan dan seterusnya berhenti. Kemana hilangnya tenaga kinetic yang tinggi tadi? Ianya ditukarkan kepada tenaga haba. Dimanakah tenaga haba itu? Ia berada di brek disk tayar kita, kalau xpercaya pergi pegang brek disk sekarang…hahaha
Cuba fikirkan dari konsep tenaga tadi, kalau ianya tidak boleh dicipta, dari mana datangnya tenaga itu? Kalau ianya tidak dapat dimusnahkan, maksudnya tenaga tidak akan habis. Kenapa ini berlaku? Semuanya kerana kekuasaan Allah S.W.T yang mencipta semua ini. Allah memberi banyak nikmat kepada kita supaya kita berfikir dan mengaku semua ini adalah nikmat yang diberikanNya. Jadi kenapa manusia selalu tidak mengaku malah mendustakan nikmat2 yang diberi oleh Allah ini? Seperti orang-orang kaya yang mengatakan, semua kekayaannya datang daripada usaha kerasnya selama ini. Tidak tahukah dia, yang semua rezeki dan nikmat di dunia ini diberikan oleh Allah! Di dalam surah al-rahman banyak kali mengulang ayat ini “Maka nikmat tuhan manakah yang kamu dustakan”. Kenapa manusia selalu mendustakan semua ini? Berfikirlah….
No comments:
Post a Comment