Hari raya dah dekat, semua orang nak balik kampung. Tetapi tahukah anda yang statistik menunjukkan kemalangan jalanraya pada musim-musim perayaan semakin bertambah saban tahun. Sehingga kini, laporan OPS Sikap 1 hingga OPS Sikap ke 13 menunjukkan pertambahan yang amat menbimbangkan. Sebanyak 9014 kemalangan dicatatkan untuk OPS Sikap 1 manakala 13,625 pula pada OPS Sikap 13 (statistik dari JKJR).
Apa silapnya? Pelbagai kempen telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pengangkutan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan NGO yang tidak jemu memperkenalkan kempen baru setiap kali perayaan. Adakah sikap rakyat malaysia sendiri yang tidak mengikut peraturan ketika memandu? Ataupun kerana keadaan jalanraya yang tidak baik? Sekiranya masalah-masalah itu yang menjadi penyebab, apakah jalan penyelesaiannya? Sudah hampir 8 tahun OPS Sikap diperkenalkan, tetapi jumlah kemalangan semakin bertambah. Mungkin juga kerana pertambahan bilangan kenderaan di jalanraya. Apa-apa pun yang paling penting adalah daripada sikap pemandu kita juga, sekiranya kita sentiasa berwaspada dan sentiasa mengikut peraturan InsyaAllah kemalangan dapat dikurangkan.
Jadi berhati-hatilah ketika berada di jalanraya, kerana malang tidak berbau dan sentiasalah ingat orang yang tersayang. Jangan jadikan kaki di bawah adalah kaki anda, menyesal tidak berguna kerana dah meninggal. Sekian pesanan dari JKJR...hehehe

1 comment:
sentiasa beringat sms drive...kadang2 kita berhati2 tp pemandu lain tak..mmm..semua ketentuan Illahi....Zul, take care balik raya....hihihi...selamat hari raya...maaf zahir batin....
Post a Comment