Buat pertama kalinya aku mula hendak berjinak-jinak dengan public mutual ni, jadi aku pun melabur la sikit dua minggu lepas. Tiap-tiap hari aku periksa turun naik harga saham yang aku beli tu, sebab nak tunggu masa yg sesuai untuk menambah pelaburan. Sedikit maklumat berkenaan public mutual ni daripada apa yang aku tahu.
Public Mutual adalah satu badan yang menguruskan pelbagai dana samaada dana konvensional ataupun dana islamik. Saya sarankan sebagai orang melayu dan islam lebih baik kita ambil dana islamik yang menepati syariah. Terdapat pelbagai dana pelaburan islamik ini, boleh rujuk dari http://www.publicmutual.com.my/. Ianya juga terdapat dana pelaburan yang bercorak stabil, tidak agresif dan sangat agresif, anda boleh membuat pilihan sendiri. Oleh kerana kita sebagai pelabur tidak tahu dan tiada masa di dalam pembelian dan penjualan saham ini, jadi kita mengamanahkan seorang pemegang amanah yang memang tahu selok belok berkenaan saham in untuk menguruskannya. Perlu ingat yang harga seunit saham ini berubah-ubah, dan akan naik dan turun. Janganlah kita hanya ingin mengaut keuntungan tanpa perlu untuk menanggung kerugian, kerana "keuntungan adalah keberanian untuk menanggung risiko".
Apabila kita melabur di dalam amanah saham ini, kita perlu memastikan bil unit saham kita banyak untuk mengimbangi kerugian sekiranya unit saham kita jatuh dari harga belian. Harga belian adalah harga pada permulaan kita membeli untuk melabur. Untuk membolehkan kita mendapat keuntungan, kita harus menambah unit ketika harga seunit saham jatuh di bawah harga belian kita.
Sebagai contoh : Pelabur A melabur di dalam dana ABC sebanyak RM10k dengan harga belian 1.00 seunit dan dia mempunyai 10k unit saham. 4bulan seterusnya harga saham telah naik kepada 1.10 seunit. Terus dia menjual kesemua sahamnya dan mendapat RM11k ataupun untung sebanyak RM1k hanya untuk 4bulan. Bagaimana pula sekiranya harga saham jatuh kepada 0.80? Sekiranya dia gelabah dan risau dengan kerugian dan terus menjual kesemua sahamnya sudah tentu dia akan mengalami kerugian sebanyak Rm2k. Sekiranya pelabur tersebut bijak dia bukan menjual malah akan menambah pelaburan lagi ketika harga semasa rendah. Ini mengikut konsep "dollar cost down", membeli ketika harga jatuh dan menjual masa harga naik. Oleh kerana pelabur A ini bijak, beliau menambah lagi pelaburannya sebanyak RM10k dgn harga 0.80 seunit bersamaan 12500unit. Jadi jumlah keseluruhan unit yang beliau ada sekarang adalah 22500 unit. 4bulan seterusnya pulak harga saham naik kepada 1.00 seunit. Dia menjual kesemua sahamnya dan berpa beliau akan dapat? Jawapannya adalah RM22,500. Dengan modal tadi hanya RM20k beliau mendapat balik RM22.5k. Beliau sudah untung RM2,500 dalam masa 8bulan.
Jadi di sini yang ingin saya katakan, sekiranya saham kita jatuh kita boleh untung apatah lagi ketika harga naik. Jadi sama2lah kita melabur dan mendapat manfaat bersama.
**Penulis bukanlah seorang agen ataupun consultant yang pandai untuk menerangkan sistem ini secara terperinci, tetapi hanyalah seorang pelabur yang baru untuk belajar...hehehe

3 comments:
hahha...zul suda pandai...aku suke!..
jual kain sutera kain batik pun laku zul...hahaha
tokey, ada supplier kain batik dak?meh aku jualkan
pandai2...mmg pelajar yg pintar... jual la semua jenis kain..mmm durian skali....
Post a Comment