Friday, July 9, 2010

.:: Makanan seimbang 2 ::.



Kita bersambung lagi pada post kali ini, setelah kita tahu apa yang perlu dan patut dimakan, saya akan terangkan tips2 bagaimana untuk mengambil makanan pula.

"Lebihkan pengambilan makanan yang tidak diproses dan tidak ditapis" contohnya sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar dari pokok tanpa melalui sebarang proses pembuatannya. Kurangkan makanan yang telah diproses seperti tepung, gula, beras, daging burger, dan nugget.

"Kurangkan penggunaan perisa makanan segera yang banyak di pasaran kita". Perisa makanan ini termasuklah kiub ayam, monosodium glutamat (MSG), dan sos yang mempunyai banyak garam dan bahan awet. Sebaliknya kita gantikan setiap perisa-perisa ini dengan perisa semulajadi seperti serbuk lada hitam, bunga cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, jintan, serai, lengkuas atau cengkih untuk menaikkan aroma dalam masakan.

Sekiranya sukar untuk kita menikmati makanan yang seimbang seperti ini, kekurangan zat tersebut boleh ditampung dengan mengambil pil makanan tambahan. Dengan mengambil pil ini hanya akan membantu kesihatan jika kekurangan zat secara berterusan tetapi bukan bertindak sebagai pelengkap zat. Memang mengambil pil ini lebih mudah dari hendak mencari sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak setiap hari bagi menikmati makanan seimbang. Dengan gaya hidup sekarang yang sangat sibuk, pil ini adalah jalan penyelesaiannya, tetapi harus diingat bahawa sekarang ini terdapat banyak sangat jenis pil2 makanan tambahan ini, kita seharusnya bijak mencari yang bagus dan baik agar tidak ditipu.

Makanan yang baik saja tidak cukup untuk pastikan kita meningkatkan daya ketumpuan otak (tumpuan, ingatan dan kepekaan) kerana minda kita memerlukan ransangan dari segi fizikal dan mental juga. Keadaan ini sama untuk semua peringkat usia, dari kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua. Jangan kita terpengaruh apabila orang menjual pil yang diperkaya dengan asid eikosapentanoik (EPA) dan asid dokoheksanoik (DHA) yang bagus untuk kanak-kanak meningkatkan tumpuan dalam kelas. Sememangnya kajian mengesahkan yang kedua-dua asid ini dapat membantu meransang neuron, tetapi tidak menjamin yang orang yang memakannya akan menjadi bijak pandai. Ia memerlukan juga tumpuan dalam kelas dan mengulangkaji pelajaran untuk berjaya dalam peperiksaan.

Teknik yang sebetulnya untuk merangsang aktiviti neuron adalah dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang mencabar minda seperti teka silang kata, sudoku, sahibba, menyelesaikan masalah matematik ataupun banyakkan membaca. Ini semua adalah kajian yang telah dilakukan bagi memastikan sel otak lebih aktif. Makanan sahaja tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu pandai dan bijak.

Rasanya cukup untuk kali ini, saya akan sambung lagi untuk post akan datang… tungguuuuu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...