Salah satu novel sejarah Islam yang menarik untuk dibaca oleh semua
bukanlah novel percintaan yang melayan perasaan
tetapi sebuah novel sejarah Islam yang lama kita lupakan
bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh
mahu menjadi orang yang dikatakan oleh Nabi
orang yang akan menakluk Konstantinopel
yang pada ketika itu adalah sebuah kota yang kuat dan hebat
Sebuah kota yang cuba ditawan oleh ramai pejuang Islam sebelum ini
tetapi semuanya gagal dan tidak berjaya
Sultan Muhammad Al-Fateh yang dari kecil
diajar dengan ajaran Islam
cuba untuk menjadi pemimpin yang dikatakan oleh Nabi dahulu
antara lain maksud hadis itu adalah
Kota Konstantinopel ini, akan ditawan oleh pemimpin yang baik dan tentera2 yang baik
Akhirnya, Sultan Muhammad inilah yang dapat menawan kota ini
dengan kebijaksanaan dan ke'aliman yang ditunjukkan oleh beliau
Setelah menawan kota ini, beliau meluaskan kawasan taklukannya
tetapi akhirnya dibunuh dengan diberi racun oleh seorang Yahudi
Ikutilah cerita ini dengan membaca lebih lanjut buku
Sultan Muhammad Al-Fateh - Penakluk Konstantinopel
No comments:
Post a Comment