Wednesday, July 7, 2010

.:: Makanan seimbang ::.



Acapkali kita mendengar yang sesetengah pil bagus untuk kesihatan, bagus untuk otak dan sebagainya. Kalau kita mendengar dari si penjual ubat sememangnya akan berkata begitu, pil ini bagus untuk meningkatkan keupayaan otak anak2 kita dan akan mudah memberi perhatian di dalam kelas. Ya, mungkin ada betulnya juga, tetapi di dalam makanan kita seharian itu tiadakah khasiat yang seperti pil2 ini? Sedangkan atuk nenek kita dahulu tidak perlu pun pil2 ini, tetapi hanya cukup dengan makanan yang ditanam sendiri dibelakang rumah. Mak ayah kita sihat dan cerdik juga walaupun hanya makan ubi kayu, pucuk paku, rebung dan sebagainya.

Menurut pakar2 kesihatan, kita hanya memerlukan 3 hingga 5 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari untuk membekalkan khasiat yang diperlukan oleh badan dan otak kita. Ini kerana sayur dan buah-buahan mempunyai banyak antioksidan yang bagus untuk meransang aktiviti neuron dalam otak kita. Neuron ini adalah sel saraf yang akan menghantar maklumat seperti arus elektrik apabila diransang. Ianya juga akan memproses dan memindahkan maklumat melalui isyarat elektrokimia.

Sayur-sayuran dan buah-buahan ini bukan sahaja mempunyai banyak antioksidan malah membekal garam galian (mineral) yang akan membolehkan otak beroperasi secara optimum. Tetapi gaya hidup moden zaman sekarang telah mengabaikan perkara ini, ibu bapa yang berkerjaya tidak mengambil berat soal pemakanan kepada anak-anak. Pengambilan makanan segera yang tidak seimbang bukan menambahkan zat yang diperlukan oleh badan tetapi hanya menambahkan kolesterol dan lemak di dalam badan. Oleh sebab itu, tidak hairan sekiranya Malaysia adalah negara yang mempunyai bilangan rakyat dengan berat berlebihan dan masalah obesiti yang tertinggi berbanding negara-negara lain di Asia ( bernama ).

Kita sangat beruntung kerana di negara kita mempunyai pelbagai jenis makanan yang sedap2 dan enak untuk dimakan. Kesemua makanan ini ada yang seimbang dan tidak seimbang. Oleh itu kita seharusnya bijak memilih makanan yang bagus untuk kesihatan kita. Pastikan setiap hidangan makanan kita mempunyai satu hidangan sayur-sayuran ataupun buah-buahan setiap kali kita makan. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna warni mempunyai banyak antioksidan antaranya seperti buah naga, buah delima, peria, sawi dan lain-lain lagi.

Seterusnya, bagaimana untuk mengambil makanan2 tersebut? Saya akan huraikan nanti di post yang akan datang...Selamat membaca

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...