Ringkasan daripada surah Al-Waqiah hasil bacaan ana,
Apabila berlakunya hari kiamat nanti,tiada sesiapa pun akan mendustakan kejadiannya. Ketika itu bumi bergoncang dengan sedasyat-dasyatnya, gunung-ganang hancur luluh meyembah bumi, lalu jadilah ia debu yang berterbangan dan manusia akan menjadi 3 golongan. Siapakah 3 golongan tersebut?
1. Golongan kanan
2. Golongan kiri
3. Golongan yg paling dahulu beriman
Apakah balasan kepada golongan yang terdahulu beriman?
Mereka adalah yang paling dekat dengan Allah dan akan ditempatkan di syurga dengan penuh kenikmatan. Dan mereka akan berada di atas takhta yang bertatahkan emas dan permata. Mereka akan dikelilingi anak-anak muda yang tetap muda, yang membawa gelas, cerek dan minuman yang diambil dari air yang mengalir. Buah-buahan, daging burung dipilih dari apa yang mereka kehendakkan. Mereka akan dilayani oleh bidadari-bidadari syurga yang cantik paras rupanya, laksana mutiara yang tersimpan. Di dalam syurga juga mereka tidak mendengar perkataan yang sia-sia dan perkataan yang menimbulkan dosa, yang ada hanyalah ucapan salam.
Bagaimana pula balasan kepada golongan kanan??
Juga akan ditempatkan disyurga Allah, berada di antara pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun buahnya. Naungan yang sangat terbentang luas dan air yang mengalir tercurah disertai dengan buah-buahan yang tidak terhenti banyaknya dan boleh dimakan tanpa larangan di atas tilam-tilam yang empuk lagi tebal. Allah menciptakan kepada mereka bidadari dan isteri-isteri yang istimewa dan gadis-gadis perawan, semuanya sebaya umurnya.
Golongan kiri pula???
Golongan kiri akan merasa angina yang sangat panas dan air yang sangat panas mendidih. Di dalamnya naungan asap hitam yang panas dan tidak menyenangkan. Ketika di dunia mereka hidup bermewah-mewah dan sentiasa melakukan dosa-dosa besar. Mereka semua ini adalah orang yang sesat lagi mendustakan, mereka akan memakan pohon zaqqum sehingga penuh perut mereka. Sesudah itu mereka akan minum air yang sangat panas, sepertimana unta yang sangat panas. Itulah hidangan mereka pada Hari Pembalasan. Allah bertanyakan kepada golongan ini, “Siapakah yang menciptakan nutfah?” ”Siapakah yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang kamu tanam?” “Siapakah yang menurunkan air yang kamu minum daripada awan?” “Siapakah yang menjadikan kayu yg kamu nyalakan?” Semua jawapan itu adalah Allah SWT. Maka bertasbihlah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
Oleh itu terpulanglah kepada anda semua, anda mahu menjadi golongan mana. Dikesempatan Ramadhan yang mulia ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadat kita kepada Allah SWT kerana kita tidak tahu samaada kita sempat berjumpa atau tidak Ramadhan akan datang. Ramadhan ini juga adalah bulan ‘bonus’ kepada umat Nabi Muhammad yang di dalamnya mengandungi satu malam yang ganjarannya menyamai dengan seribu bulan iaitu ‘Malam Lailatul Qadar’. Nabi Bersabda “Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah"