Friday, December 18, 2009

.:: Aurat ::.

Klik utk paparan lebih besar

Pagi tadi, sebaik sahaja solat subuh, on laptop, connect internet, bukak website ust zaharuddin. Ada post baru! dah abis baca yg tu saja dok belek2 post2 yang lama pastu ternmpak satu tajuk yang best, terus saja tajuk itu diklik. Tajuk post itu "Aurat Wanita: Apa sudah jadi". Satu kupasan yang sangat menarik dan sindiran yang sinis kepada kaum wanita yang membuka aurat dan menunjuk kepada orang yang bukan mahramnya. Terdapat juga sessi dialog antara ustaz dengan beberapa kaum wanita yg tidak bersetuju pendapat yang diberikan, tetapi ustaz telah memberi hujah yang sangat kukuh dan nasihat yang lembut kepada golongan ini.

Kebanyakan wanita kini boleh dikatakan tidak tahu, atau buat2 xtahu berkaitan masalah aurat ini. Mungkin ada yang mengatakan yang menutup aurat ini sekadar memakai tudung tetapi sebenarnya lebih daripada itu. Keadaan ini sering berlaku di bandar2 besar dan metropolitan yang mana kaum wanita bekerja, bersama-sama kaum lelaki untuk mencari rezki. Mencari rezki itu tidak salah, tetapi jika kena caranya ianya lebih baik. Adakah pekerjaan yang dilakukan oleh kaum wanita ini memerlukan mereka untuk berpakaian seperti demikian? Sekiranya tidak dilakukan nanti akan dikatakan yang kita ini kolot dan tidak tahu berfesyen? Manakah yang anda lebih utamakan? Suruhan agama ataupun kerjaya? Tepuk dada tanya iman.

Klik utk paparan lebih besar

Ini bukanlah post untuk membebel tetapi hanya sedikit teguran kepada mereka2 yang di luar sana. Mungkin tulisan ini tidak cukup untuk menerangkan hujah2 yang lebih baik, tetapi anda boleh lah melayari http://www.zaharuddin.net/content/view/288/95/ untuk satu pandangan ilmiah yang lebih menarik. Sekian

Thursday, November 26, 2009

.:: Melaka ::.

Minggu lepas hari sabtu (21/11/2009) aku, lan n naim p melaka. Saja ja p jalan2, release tension, makan angin dan buang duit. Dah lama xkuar jalan2 camni, lan plak dah lama xshoot kamera dia tu. Plan awal nak gerak pukul 7 la kononnya, at last pukui 8 jugak kami gerak dari bangi selepas mandi kat KIAM. Masa tu tensen air kat rumah xdak, terpaksalah p merempat mandi tempat orang. InsyaAllah pasni xdak problem air dah kot, sebab nak pindah rumah baru.

Hentian pertama kami adalah RnR Seremban, macam best ja kat sini. Ingat nak sarapan kat sini, tapi ramai giler orang kat sini. Pastu baru sedar yang cuti sekolah sekarang, mestilah ramai family g jalan2 bawak anak2. Cari tempat duduk xdak, kami beli sandwich ngan air mineral ja buat sarapan.

Destinasi pertama kami adalah Mini Malaysia/Asean. Kat sini ada model rumah2 ja seluruh malaysia dan negara2 asean. Letih gila nak abis jalan tengok rumah2 ni, aku dah la sakit kaki xlega2 lagi. Tapi xpa, puas hati dengan harga masuk RM12 dapat tengok suma rumah2 seluruh malaysia. Lebih kurang kul 12 lebih, kami keluar nak p bandar melaka plak. Tengok cuaca redup2 macam nak hujan. Sat saja keluar dari Mini Malaysia, hujan lebat gila sempatlah kami singgah di Melaka mall makan tengahari.

Selepas tu kami p Muzium Maritim, Kota A'Famosa dan Dataran Pahlawan. Kat bawah ni ada beberapa gambar yang sempat diambil dan ada banyak lagi sebenarnya xleh upload semua. Enjoy d pictures.

RnR Seremban, berhenti sarapan

Pintu Gerbang Mini Malaysia

Bendera2 seluruh malaysia

Hadapan Mini Malaysia

Model kapal di Muzium maritim

Luar Kapal

Thursday, November 19, 2009

.:: My Research update ::.

Entry kali ni, saja2 nak update apa yang aku buat...tapi masih slow2 lagi progress aku ni, rilek ar ada setahun setengah lagi...hahaha Ada orang tanya apa yg aku lukis sebelum ni, kenapa xmacam tulang belakang pun, pernah ke korang tgok tulang belakang korang??? yang ni just
model for analysis. Lukisan ni aku lukis guna solidwork, ambil setiap point daripada file patran yang orang lain buat sebelum ni. Dan ini juga adalah model sebenar daripada pesakit.
Kemudiannya, drawing tadi, aku masukkan ke dalam software Finite Element yang menggunakan analisis kebarangkalian. Kemudian model tersebut, diproses seperti meshing, apply loads, displacement, and run it. Sebelum tu kena analisis deterministic first b4 moved to the probabilistic analysis. By the way, it is still 5% of overall my research.

.:: Renungan ::.


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing- masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah..." Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama.

Tuesday, October 27, 2009

.:: Pohon Hijau - Brothers ::.


Pagi tadi masa rilek2 mengadap laptop, ntah macam mana teringat lagu ni...macam best jer lagu ni, walaupun dulu xsuka sangat...hehehe Sebenarnya lagu ni ada maksud yang tersirat, pada permulaanya lagu ini menceritakan
Rangkap pertama - boleh digambarkan seperti manusia yang baru lahir yang tidak dapat bergerak memerlukan bantuan ibu dan bapanya.
Rangkap kedua - manusia itu berada di zaman kanak2, masih tidak lagi bebas dari kawalan keluarga tapi sudah mula nak merangkak.
Rangkap ketiga dan seterusnya - Manusia itu sudah mula untuk bergerak bebas dari kelurganya, mahu melakukan perkara yang dikehendakinya, ketika ini mereka sudah mahu hidup sendiri, keluarga no-2 dan kawan2 adalah yang pertama, sekiranya dapat kawan yang baik maka baiklah dia dan begitulah sebaliknya.
Rangkap terakhir - Setiap yang bernyawa akan merasai mati, manusia tadi pun akan kembali bertemu dengan penciptaNya. Pohon hijau tadi akan menjadi pohon tua yang akan gugur daunnya dan mati.
Jadi marilah sama2 kita hayati lirik lagu ni, klu nak dengar lagu ni...klik di bawah ni

http://www.imeem.com/people/b8970G/music/RQtW9VdU/brothers-pohon-hijau/

Pohon hijau itu berdiri kaku
Pohon hijau itu berdiri kaku
Megahnya di celah pohonan
Ibarat lukisan hidup
Tetap tegak dan kaku

Pohon hijau itu tetap kaku
Lantas desiran kedengaran
Amat sayup dan sayu
Ia mula bergerak

Pohon hijau itu tidak kan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Begitulah diibaratkan
Dunia dengan kehidupan
Bermulanya di daratan
Kini menuju ke tengah lautan

Angin yang menderu
Datang tak menentu
Ombak memukul pelayaran
Apakan tergoyang keimanan

Untukmu teman bajailah hidupmu
Sirami hatimu dengan ketaqwaan
Dalam mencari keredhaan Tuhan

Hati-hati teman
Meniti salju kehidupan
Nan rapuh bisa cair dan runtuh

Bersama angin lalu kutitipkan harapan
Agar terus tabah hadapi cabaran

Pohon hijau itu yang dulu kaku
Kini mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan
Pohon hijau itu tidakkan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Bila kejayaan sudah digenggaman
Ingat-ingat teman kita kan pulang

Pohon hijau itu kini kaku
Ia tak bergerak lagi
Ia pastikan layu gugur di taman ini

Friday, October 23, 2009

.:: Khidmat Masyarakat ::.

2 minggu lepas, aku ada mengikuti satu program di bawah kelolaan Yayasan Salam Malaysia, satu pertubuhan NGO yang banyak menjalankan program kebajikan seluruh malaysia. Kebetulan minggu tu xda buat apa2, aku dengan mizi ikut serta program tersebut. Program tersebut adalah satu program bantuan Air dan Elektrik kepada perkampungan orang Asli Ulu Chembong, Rembau. Berbantukan peta yang diberikan, sampai jugak kami ke sana lebih kurang pukul 6.30pagi dan sempat bersarapan di Tol Seremban sekejap.
Malas nak tulis banyak2 ar, tengok sendiri la gambar kat bawah ni...Sekian
Kelihatan masyarakat orang asli membuat persembahan budaya mereka

Kanak-kanak orang asli yang mengambil pertandingan yang dianjurkan

Last skali, gambar kenang-kenangan

Wednesday, October 21, 2009

.:: My Drawing ::.

Sebenarnya xde pape nak post, tapi tangan ni gatai2 plak nak taip...huhu Citer sikit ar pasal drawing aku ni. Actually, ni drawing yang aku kena buat untuk master aku...tapi xsiap lagi pun, nak kena bagi siap jgak mggu ni...tapi aku letak jugak ar, utk tatapan semua (bajet ramai ja bc blog aku..hahaha).

Monday, October 5, 2009

.:: Raya 2009 ::.

Raya tahun ni, banyak berbezanya dengan tahun-tahun yang lepas. Kebiasaannya bile dekat-dekat nak raya, aku dah kalut nak cari tiket bas balik kampung. Kalau tak pun, aku kena cari tiket pegi KL dan balik raya dengan keta abang aku. Tapi tahun ni, abang aku pulak yang tumpang aku balik raya, hahaha. Keta baru la katakan, rezki lebih sikit tahun ni, Alhamdulillah syukur. Ni ada beberapa gambar yang sempat diambil utk tatapan semua.

Sehari sebelum raya

Gambar kat tol apa ntah, yang pasti dah nak dekat sampai

Malam raya

Anak-anak buah dan sepupu sepapat main bunga api

Bukan budak kecik jer main bunga api, yg besar pun skali...hehehe

Raya pertama
Gambar ni saja yang ada muka aku, yang len sume gambar orang...huhuhu nyesal xamik banyak2...

Gambar ngan anak buah aku, Auni Batrisyia

Mak sedara sedang menjamu selera

Paklang, Maklang dan Adib Hakimi

Malam Raya Pertama (Mergong)

Hidangan yang terlibat malam tersebut

Sedara-sedara yang memeriahkan majlis

Raya Kedua

Xdak gambar lain, ada yang ni saja...xsempat nak amik, terlupa

Raya Ketiga (Tokai & Sala)

Fatinie dan Faris

Kelihatan Pakteh, Abg E dan Adib (Tokai)

Auni dan Adib (Sala)

Auni dan Adib 2 (Sala)

Yang tu saja sempat aku snap untuk raya tahun ni...Aku cuti seminggu dan seminggu jugak lah aku beraya, kepada kawan2 yang xsempat aku pergi beraya mintak maaf, k . Kalau aku cuti sebulan bolehlah pergi semua...Salam Aidilfitri

Thursday, September 17, 2009

.:: Balik Raya ::.

Hari raya dah dekat, semua orang nak balik kampung. Tetapi tahukah anda yang statistik menunjukkan kemalangan jalanraya pada musim-musim perayaan semakin bertambah saban tahun. Sehingga kini, laporan OPS Sikap 1 hingga OPS Sikap ke 13 menunjukkan pertambahan yang amat menbimbangkan. Sebanyak 9014 kemalangan dicatatkan untuk OPS Sikap 1 manakala 13,625 pula pada OPS Sikap 13 (statistik dari JKJR).
Apa silapnya? Pelbagai kempen telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pengangkutan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan NGO yang tidak jemu memperkenalkan kempen baru setiap kali perayaan. Adakah sikap rakyat malaysia sendiri yang tidak mengikut peraturan ketika memandu? Ataupun kerana keadaan jalanraya yang tidak baik? Sekiranya masalah-masalah itu yang menjadi penyebab, apakah jalan penyelesaiannya? Sudah hampir 8 tahun OPS Sikap diperkenalkan, tetapi jumlah kemalangan semakin bertambah. Mungkin juga kerana pertambahan bilangan kenderaan di jalanraya. Apa-apa pun yang paling penting adalah daripada sikap pemandu kita juga, sekiranya kita sentiasa berwaspada dan sentiasa mengikut peraturan InsyaAllah kemalangan dapat dikurangkan.
Jadi berhati-hatilah ketika berada di jalanraya, kerana malang tidak berbau dan sentiasalah ingat orang yang tersayang. Jangan jadikan kaki di bawah adalah kaki anda, menyesal tidak berguna kerana dah meninggal. Sekian pesanan dari JKJR...hehehe


Wednesday, September 16, 2009

.:: Aidilfitri 2007 ::.

Cari punya cari, jumpa jugak gambar hari raya yang aku ambil masa 2007 iaitu sebelum pemergian ayahndaku yang tersayang. Walaupun baru 2tahun masih lagi teringat kenangan lama, tapi itu semua ketentuanNya kita sebagai hamba perlu redha.
Gambar ini diambil bersama mak dan anak buah aku Adlan

Wednesday, September 9, 2009

.:: Kelebihan Al-Quran ::.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Monday, September 7, 2009

.:: Wang ::.


Wang… Wang … Wang. Kenapa orang perlu sangat wang? Perlu sangat ke wang ini? Berapa banyak wang yang kita perlukan dalam hidup ni? Kalau ada wang banyak, apa yg kita nak buat? Bermacam-macam persoalan bermain di fikiran aku sejak semalam. Tapi aku teringat kata-kata lecturer aku dulu “Money is not everything, but everything needs money”. wang ataupun kekayaan ini perlu sangat, tapi setakat mana ianya perlu? Islam juga menyuruh kita mencari harta, tetapi kena pastikan yg harta dicari itu datangnya dari sumber yang halal. “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Seringkali kita mendengar kata-kata ini, tapi sejauh mana ianya dilaksanakan? Kebanyakan orang sekarang ini tidak kira dah cara apa yg dilakukan asalkan matlamatnya dicapai, samaada cara itu betul atau tidak langsung tidak dihiraukannya.

Semalam juga aku dapat melihat di satu majlis, bagaimana manusia kini sangat mengimpikan kehidupan yang mewah. Dapat berbelanja dengan banyak adalah satu kepuasan bagi mereka, sehinggakan kalau “bershopping” seperti sudah tidak ada hari esok. Dapat menunjukkan kekayaannya kepada org, agar orang lain kagum dgn diri mereka. Mereka merasakan hidup di dunia ini dengan mempunyai wang yang banyak adalah satu kehebatan dan satu kenikmatan yang amat sangat. Memiliki kereta mewah, menginap di tempat2 ekslusif, membeli belah di tempat yang mewah dan mahal, semuanya itu adalah beberapa contoh yang telah ditunjukkan, agar org yang melihat

merasa semangat utk mengikut jejak mereka. Tidak dinafikan yang mungkin cara dan kaedah mereka untuk mendapatkan wang itu mudah dan sistematik, tapi adakah betul2 mereka membantu orang lain menjadi kaya? Tidak ada agenda yang tersembunyi? Mungkin keuntungan itu hanya dikalangan mereka-mereka yang berkepentingan sahaja. Orang yang di atas akan semakin kaya tanpa bnyak usaha, dan orang yang bawah hanya mendapat keuntungan biasa saja dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Adilkah semua ini?

Yang sedihnya, apabila mereka yang cuba untuk menambah duit poket ini terdiri daripada pelajar. Bagaimana dengan pelajaran mereka? Adakah mereka dapat membahagikan masa dengan sebaiknya? Apa-apapun merekalah yang perlu berfikir dan memilih masa depan mereka sendiri.

Marilah kita sama-sama menhayati kata2 ini yang dipetik dari tokoh2 pilihan seluruh dunia

“Alangkah sedikitnya orang yang dapat bergaul dengan wang, tanpa dipengaruhi dengan wang itu”

“Anda perlu melihat ke dalam hati, bukan di dalam poket seseorang itu untuk melihat nilai dirinya”

“Orang yang banyak wang biasanya tidak tahu siapa sebenarnya yang menjadi kawannya”

“Wang tidak dapat menolong mengangkat kepalanya” Umar Al-Khattab

Akhir sekali, saya nak simpulkan, wang adalah sangat penting di dalam kehidupan yang memerlukan segala-galanya wang ini. Tapi kita perlu juga pastikan yang wang kita perolehi itu adalah dari sumber yang halal dan berkat. Apabila kita berada di atas, janganlah kita lupakan mereka yang di bawah. Apabila kita kaya, janganlah kita lupa dengan mereka2 yang miskin. Kenikmatan yang Allah berikan ini hanyalah sementara. Bila2 masa saja Allah boleh mengambilnya dengan sekelip mata. Jadi kita seharusnya besyukur dengan kehidupan kita sekarang ini selagi mana kita tidak meminta2 kepada orang lain. Kepada pelajar2, ingatlah yang kita diberi amanah untuk belajar dan menuntut ilmu. Sangat salah sekiranya kita menghabiskan masa dengan membuat kerja lain sehinggakan melupakan kerja hakiki.

Mintak maaf sekiranya tulisan ini mengguris hati sesetengah pihak.

Thursday, August 27, 2009

.:: Al-Waqiah ::.

Ringkasan daripada surah Al-Waqiah hasil bacaan ana,
Apabila berlakunya hari kiamat nanti,tiada sesiapa pun akan mendustakan kejadiannya. Ketika itu bumi bergoncang dengan sedasyat-dasyatnya, gunung-ganang hancur luluh meyembah bumi, lalu jadilah ia debu yang berterbangan dan manusia akan menjadi 3 golongan. Siapakah 3 golongan tersebut?
1. Golongan kanan

2. Golongan kiri

3. Golongan yg paling dahulu beriman
Apakah balasan kepada golongan yang terdahulu beriman?
Mereka adalah yang paling dekat dengan Allah dan akan ditempatkan di syurga dengan penuh kenikmatan. Dan mereka akan berada di atas takhta yang bertatahkan emas dan permata. Mereka akan dikelilingi anak-anak muda yang tetap muda, yang membawa gelas, cerek dan minuman yang diambil dari air yang mengalir. Buah-buahan, daging burung dipilih dari apa yang mereka kehendakkan. Mereka akan dilayani oleh bidadari-bidadari syurga yang cantik paras rupanya, laksana mutiara yang tersimpan. Di dalam syurga juga mereka tidak mendengar perkataan yang sia-sia dan perkataan yang menimbulkan dosa, yang ada hanyalah ucapan salam.

Bagaimana pula balasan kepada golongan kanan??

Juga akan ditempatkan disyurga Allah, berada di antara pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun buahnya. Naungan yang sangat terbentang luas dan air yang mengalir tercurah disertai dengan buah-buahan yang tidak terhenti banyaknya dan boleh dimakan tanpa larangan di atas tilam-tilam yang empuk lagi tebal. Allah menciptakan kepada mereka bidadari dan isteri-isteri yang istimewa dan gadis-gadis perawan, semuanya sebaya umurnya.

Golongan kiri pula???

Golongan kiri akan merasa angina yang sangat panas dan air yang sangat panas mendidih. Di dalamnya naungan asap hitam yang panas dan tidak menyenangkan. Ketika di dunia mereka hidup bermewah-mewah dan sentiasa melakukan dosa-dosa besar. Mereka semua ini adalah orang yang sesat lagi mendustakan, mereka akan memakan pohon zaqqum sehingga penuh perut mereka. Sesudah itu mereka akan minum air yang sangat panas, sepertimana unta yang sangat panas. Itulah hidangan mereka pada Hari Pembalasan. Allah bertanyakan kepada golongan ini, “Siapakah yang menciptakan nutfah?” ”Siapakah yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang kamu tanam?” “Siapakah yang menurunkan air yang kamu minum daripada awan?” “Siapakah yang menjadikan kayu yg kamu nyalakan?” Semua jawapan itu adalah Allah SWT. Maka bertasbihlah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

Oleh itu terpulanglah kepada anda semua, anda mahu menjadi golongan mana. Dikesempatan Ramadhan yang mulia ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadat kita kepada Allah SWT kerana kita tidak tahu samaada kita sempat berjumpa atau tidak Ramadhan akan datang. Ramadhan ini juga adalah bulan ‘bonus’ kepada umat Nabi Muhammad yang di dalamnya mengandungi satu malam yang ganjarannya menyamai dengan seribu bulan iaitu ‘Malam Lailatul Qadar’. Nabi BersabdaBarangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah"

Wednesday, August 19, 2009

.:: Jurnal Biomekanik ::.

Align CenterKali ini aku nak bawa satu jurnal yang dah aku baca berkaitan dengan research yang aku tengah buat. Ada la kaitan sikit...
Abstrak
Eksperimen ini dilakukan adalah untuk menukar CT scan di dalam unit Hounsfield kepada modulus dan daya kekuatan dalam bentuk taburan serakan. Objektif adalah untuk membina sistem perkomputeran yang efisien daripada asas unsur kebarangkalian unsur terhingga. Selain itu, adalah untuk mempersembahkan analisis dalam bentuk model, kepelbagaian di dalam kajian daya dan jangkaan risiko patah untuk 5 tulang paha. 1 dan 99 peratus berbeza batas dan purata adalah 17.3MPa (tekanan) dan 0.28 (risiko). Setiap tulang paha, kepelbagaian jangkaan di dalam risiko adalah lebih daripada 50% purata risiko yang telah dikira yang boleh diperhatikan daripada penilaian klinikal.Kaedah yang digunakan adalah kaedah Advanced mean value (AMV) yang memerlukan 7 analisis percubaan (1 jam) dan kedah Monte Carlo memerlukan 1000 percubaan (400 jam).
Kajian ini hanya menggunakan Hounsfield unit untuk mendapatkan ketumpatan, modulus dan kekuatan tulang itu tanpa melakukan eksperimen makmal. Jurnal ini membincangkan bagaimana menjangka risiko tulang paha patah untuk 5 tulang yang berbeza menggunakan kaedah kebarangkalian (Probabilistic). 2 kaedah kebarangkalian ini digunakan, satu adalah AMV dan satu lagi Monte Carlo. Graf AMV yang diperolehi akan dibuat perbandingan dengan graf Monte Carlo. Ini kerana kaedah Monte Carlo menggunakan lebih banyak percubaan dan lebih tepat berbanding kaedah-kaedah lain. Keputusan itu pula dibandingkan dengan pemerhatian klinikal yang sedia ada. Dan hasilnya, keputusan ini hampir sama dengan keadaan yang sebenar.

Monday, August 17, 2009

.:: Progress :..

Untuk minggu lepas aku rasa xdak apa2 sangat kot, asyik baca, baca n baca ja. xtau sampai bila nak baca lagi. Minggu ni aku nak try cari software Nastran/patran plak dan belajar2 sikit pasal software tu before start the real part on spine. Software Ansys sebelum ni pun xleh nak install lagi, license dia xde plak. Papepun rilek jer, jgn tensen2. Banyak masa lagi nih (nak sedapkan hati..hehehe).
Manual untuk Nastran/Patran dah ada, just kena cari software ja. komputer kat lab asyik hang ja, kena install kat rumah jugak nampak gayanya. Tadi aku dengan emon (nama sebenar Hassimi), pergi tengok konvokesyen rakan sekolah kami dulu Shukri dan Asrul. xkan nak p tgok ja kot, kena la beli bunga sikit..huhu jadi kami pun beli ar dua jambak bunga, tiap2 sorang satu. Shukri cakap, "first time dapat bunga dari pakwe". Ingat nak beli teddy bear, xbest la plak, ok la amik bunga pun emon ckap. Kat bawah ni ada beberapa gambar yg kami tangkap tadi.
Dua2 fakulti pendidikan ni dan sudah jadi Ustaz di sekolah masing2. Tapi masih lagi sebelah utara, best la depa. Dua2 jugak dah xlama nak mendirikan masjid...

Thursday, August 13, 2009

.:: Finite Element Analysis (Analisis Unsur Terhingga) ::.

Minggu ni aku try baca satu lagi topik baru, satu kaedah yang perlu aku gunakan untuk siapkan master aku nanti. Sambil tengah2 baca tu, teringat plak nak kongsi sikit pasal benda alah nie...hehehe Topik baru ini adalah Analisis unsur terhingga.
Sebenarnya kaedah unsur terhingga ini adalah salah satu kaedah yang menggunakan teknik berangka (numerical technique). Di dalam analisis ini semua masalah2 yang kompleks yang tidak dapat diselesaikan menggunakan kaedah tradisional, seperti bentuk yang pelbagai, keadaan sempadan dan daya, masih lagi dapat diselesaikan menggunakan kaedah ini tetapi penyelesaian masalah itu adalah secara penghampiran. Memandangkan teknologi komputer maju dengan pesatnya dan pengurangan kos komputer mempercepatkan lagi kaedah ini digunakan. Bermacam-macam perisian telah dipopularkan menggunakan analisis ini dan juga dikomersilkan secara meluas. Kat bawah ni ada beberapa contoh komponen yang dianalisis menggunakan perisisan unsur terhingga.
Analisis unsur terhingga ini pada asalnya adalah kaedah untuk menganalisa tekanan dalam rekabentuk sebuah pesawat udara. Ia bermula sebagai sambungan daripada kaedah matrik untuk analisis struktur. Pada masa sekarang, kaedah ini tidak hanya tertumpu untuk analisis mekanik pepejal, tetapi lebih daripada itu seperti analisis aliran bendalir, pemindahan haba, elektrik dan medan magnet dan lain-lain lagi. Jurutera awam menggunakan kaedah ini secara meluas unutk analisis rasuk, ruang bingkai, plat, plat yang berlipat, teras dasar, masalah mekanik batu dan sebagainya. Analisis unsur terhingga ini juga boleh menangani kedua-dua masalah statik dan dinamik. Kat bawah ni baru contoh kaedahnya.

Monday, August 10, 2009

.:: Balik Kampung 2 ::.

Minggu lepas aku balik kampung aku di kuala kedah, dh lama xbalik, rindu plak..hehe
ni lah first time aku balik kampung dengan kereta baru...Hari jumaat tu plak ade kelas Research Methodology sampai kul 7.30mlm, lama plak prof tu citer...rancangnya nak balik sebelum maghrib, last2 xdapat jugak..terpaksa lah jugak aku balik pas maghrib..aku beli makanan ja kat depan umah tu, pastu kemas2 sikit barang nak bawak balik...aku terus start kereta menuju ke rumah abang aku kat pandan indah.
Sebelum sampai umah abang aku, sempat lagi aku singgah di Tesco Ampang tu beli kamera..dah lama nak beli pun, akhirnya dapat jugak aku beli kamera Olympus fe-330...nak beli DSLR xmampu la plak, ok la kamera nie janji boleh ambil gambar...yang bestnya kamera ni boleh zoom 5x...pas abis2 beli , terus aku p umah abang aku nak ambil monitor bawak balik kampung...
Lepas dah ambil, kau terus gerak p rumah mizie kat keramat..sib baik jalan xjem, sat ja sampai sana...ingt nak terus gerak balik pasal dah kul 11 lebih time tu, mizi xsiap lagi la plak , tgh tgok citer ape ntah malam tu...kul 12.30am baru kami gerak...First time aku nak drive jauh2 nie, sebelum ni paling jauh pun KL-Kuantan..tu baru 200km lebih, ni dalam 400km lebih...
Diringkaskan cerita, kami berhenti kat RnR tapah sat..nak p tandas, pastu makan2 sikit, pastu tidoq...hahah lama jugak tidoq dalam sejam lebih...Lepas tu sekali lagi berhenti kat RnR Gurun, pasal dah subuh time tue...Elok2 sampai saja kat Exit Alor Setar Utara, mizi ajak p jalan2 tengok Alor Setar (AS), dah lama xtengok AS katanya. Sempat la kami berhenti kat depan masjid zahir, amik2 gambar sikit...ada la dalam 5-6 cina tua dok tai-chi kat situ, depa pakat tengok ja, orang jauh mana la mai pagi2 amik gambar...hahaha nasib baik kereta plat KL...
Kat bawah ni ada beberapa gambar yang aku ambil pakai kamera baru tu...ada gambar Masjid Zahir, Balai Besar dan Menara Alor setar...Enjoy the pictures...

Thursday, August 6, 2009

.:: Balik Kampung ::.

Minggu ni bersamaan dengan 7/8/2009 aku dengan fadhlan akan balik kampung masing2. Aku akan balik ke Kedah dan fadhlan akan balik Pahang. Dah lama aku xbalik kampung sebenarnya, dah rindu kat kampung halaman yang tercinta...hahaha
Haaa, kalau tengok ni macam aku ja yang beli kan...hehe ni la kamera baru fadhlan, teringin sangat nak beli dah lama..akhirnya terbeli jugak semalam..aku teman dia p beli ja, ok la tue walaupun aku xbeli...sekarang nie, aku la asyik jadi model dia nak amik gambar...macam2 gaya, xlarat aku nak posing..huhuh
Aku xmampu nak beli lagi kot kalau kamera semahal ni, beli yang murah2 dah ar..janji boleh amik gambar, biar ar org nak kata apapun..Kolakedah tunggu aku balik yaaaaaaaa.......

Wednesday, July 29, 2009

.:: Hari yang Menyedihkan ::.

Pagi tadi masa aku turun bawah nak ambil barang kat keta, aku ternampak macam pelik kat keta aku sebelah kanan belakang. Aku p dekat2 tengok, rupa-rupanya ada kesan calar kat situ. Keta baru seminggu dah calar teruk, ni mesti kes keta belakang aku nak kuar tapi xpndai kuar.
Biar ar, benda dah jadi nak buat camna kan, redha jer r...huhuhu Dah ar keta tu, dah ada masalah..central lock xfunction sume, sib baik sebelah driver ok..steering bunyi-bunyian plak..mcam2 mslah keta ni, biasa ar keta mlysia tapi sume tue minor problem jer. Redha lagi aku... Tadi fadhlan bagitau yang elaun cuti belajar untuk penempatan dan ielts dah dapat, aku check2 xde pun. Yang ada cuma elaun claim ielts saja, mana elaun penempatan aku?sabar zul, sabar zul... Aku telefon si pemberi memo tue, xdpat la plak. Memo balik pun xbalas, jadi aku pun telefon si fauzana kat FKM tue. Nasib baik, dia boleh follow up kan untuk aku claim tu. Sedap sikit hati ini...hehehe
Tapi bukan itu, motif post hari ini. Motifnya adalah setiap dugaan, cabaran, masalah, dan rintangan haruslah dihadapi dengan sabar. Setiap satu dugaan itu mempunyai banyak hikmahnya, yang hanya Tuhan saja yang tahu. "Dan tuhan tidak akan menimpakan musibah atau dugaan kepada hambanya sekiranya hambaNya itu tidak mampu untuk menerimanya".
Sekian saja post kali ini, sama2lah kita renungkan dan selamat beramal, "Prof Izzi".

Sunday, July 26, 2009

.:: Aku di UMP ::.

Minggu ni aku balik UMP dengan fadhlan pasal nak ambil barang2 yang banyak lagi kat sini. Kami bertolak pagi sabtu lebih kurang pukul 8.30 n sampai kat gambang nie dalam pukul 11.30pg. Setibanya di UMP ni, semua felo2 xde..rupa2nya semua pegi KK4 pasal ada gotong royong kat sana, membersihkan KK4 yang baru saja siap dan dapat CF. Kebetulan kat sini ada plak islamic festival (i-fest) anjuran PIPI dan SAHAM. Sempat jugak join konsert nasyid malam sabtu tu.
Hari ahad pulak, xde pape yang nak buat. duk kat umah felo ni jer, budak2 lain sume sibuk, kenderaan xde plak nak kuar jalan2...huhuhu Hari isnin baru balik ke UKM, pasal lan ada hal nak buat, xpe la bukan ada kelas pun...nak kena banyakkan baca lagi pasal research nie, penin2 lagi.

Friday, July 24, 2009

.:: Minggu Yang Menggembirakan ::.

Minggu nilah minggu yang paling best, baru beli keta n dapat duit biasiswa. Wlaupun keta kena bayar, still lagi best pasal baru ja duit biasiswa ngan gaji masuk serentak minggu ni jgak...hehehe Tapi kena ingat yang duit biasiswa tu adalah duit rakyat, jangan nak enjoy ja, kena tumpu pada pelajaran "kata fadhlan". Kata-kata tu menginsafkan aku yang selama ini dah insaf sebenarnya, cuma peringatan2 macam tu sangat bermakna kepada setiap manusia agar tidak lalai dan leka dengan nikmat dunia yang sementara.
Post kali ini just nak updatekan blog ni yang dah lama xupdate2. xtau nak tulis ape sebenarnya. Untuk makluman, aku dah mula menyambung pengajian di UKM nie ke peringkat master. Walaupun 2-3 minggu ni masih lagi pening2 ngan baca2 jurnal n baca2 buku, tapi semangat mesti kuat untuk menempuh pengajian yang memakan masa 2 tahun..huhuhu
Minggu ni jugak aku ngan fadhlan nak balik kuantan, pasal ada benda yang perlu diselesaikan. Fadhlan nak baiki kete dia n aku nak amik barang2 yang banyak lagi kat sana. Sekian

Thursday, June 11, 2009

.:: Wajah Baru ::.

Yang ni the latest one. xmau dah tukar2 template dah, penat seh

Thursday, June 4, 2009

.:: anak-anak buahku ::.

Ni nama dia Mohd Akmal Adlan, anak buah first aku. Sekarang dah umor 3 tahun dan 9 bulan. Yang ni plak, anak buah second. anak sulung kepada abang sulung aku. His name is Mohd Adib Hakimi. Sekarang umor dia, 3 tahun dan 3 bulan. My third nephew, Mohd Zawir Zakwan. Dia sudah berumur 2 tahun dan 6 bulan.My first niece is Auni Batrisya. Haaa yang ni paling comel pasal perempuan kot, hehehe. Umur sekarang 1 tahun 9 bulan. Baru 4 orang sume, next kena tanya mak bapak diorg,hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...